Assalamualaikum….
Terima kasih pada Tuhan Yang Maha Esa kerana diberikan ruang dan peluang untuk menulis lagi di ruangan blog ini. Disebabkan oleh kekangan masa dan peluang, kini saya ingin mengambil peluang untuk memberikan update mengenai homestay terkini di Taman Mount Austin, JB yang sudah mula beroperasi sejak awal bulan Februari yang lalu.
Lokasi kali ini tak jauh dari cawangan ke-6 kami yang berada di Taman JP Perdana, yang juga berdekatan dengan beberapa buah taman2 perumahan yang lain; Setia Indah, Austin Heights, Austin Perdana, Taman Daya, Desa Tebrau, dan Mutiara Emas. Kawasan yang pesat membangun ini juga bakal dilengkapi dengan Taman Tema Air Austin Heights yang unik dan tersendiri yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun ini. Yang menariknya taman tema ini hanya terletak 300m dari cawangan terbaru ini. Jadi bila mula beroperasi nanti, tak perlu susah2 nak cari tempat menginap. Anda tahu lokasi kami!
Homestay ini merupakan cawangan ke-2 yang dilancarkan pada tahun ini selepas cawangan di
Bukit Indah yang mula beroperasi pada bulan Januari yang lalu.
Sesuai utk yang berkeluarga kecil (hanya 2 bilik tidur) tapi ia juga didatangkan dengan pelbagai kemudahan yang pasti menarik seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan untuk kanak2 dan 24 jam sekuriti . Dalam tempoh 2 bulan cawangan ini beroperasi, lebih dari sepuluh pelanggan berpuas hati telah menginap di sini dan salah satu sebab utama ialah kolam renang yang mengujakan terutama buat kanak2. Tak terkecuali anak saya berusia 2 tahun memang pantang sekali kalau di bawa ke kolam renang. Memang betul; kanak2 dan air tidak dapat dipisahkan.
Selain itu, homestay ini yang betul2 terletak bersebelahan dengan Sunway College, mudah jika anda ada anak yang belajar dan ingin datang melawat anak di kolej ini.
Homestay ini juga unik kerana ruang bawah bangunan adalah merupakan deretan kedai makanan dan minuman yang pasti memudahkan anda untuk menjamu selera.
Kelengkapan homestay:-
2 bilik tidur (2 katil bersaiz Queen) yang dilengkapi penghawa dingin
1 bilik air dilengkapi pemanas air
Ruang tamu selesa
Ruang makan dengan meja 6 kerusi
Ruang dapur dengan kemudahan memasak
TV LCD 40 inci
Cerek
Peti Sejuk
Mesin basuh
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking untuk sebuah kereta (basement)
Fasiliti:-
Kolam renang (dewasa dan juga untuk kanak2)
Taman permainan
Gimnasium
Bilik membaca
Sauna
BBQ
24 jam sekuriti
Bilik menonton (akan datang)
Kemudahan berdekatan:-
RHB – 100m
7 Eleven – 100m
McDonald – 400m
Secret Recipe – 350m
Domino Pizza – 300m
Restoran Serai Kampung (terkenal dengan Nasi Lemak Ayam Goreng) – 100m
Sunway College – 200m
Austin Heights Water Theme Park – 300m
Austin Heights Private & International School – 350m
Hospital Sultan Ismail – 3km
Masjid An-Najah (Taman Daya) – 3km
Aeon – 3km
Tesco – 3km
Restoran Singgah Selalu – 18km
Plaza Angsana Shopping complex – 16km
Johor Premium Outlet JPO – 29km
CIQ complex (Custom & Immigration Quarantine) – 14km
Jakel – 17km
Legoland – 28km
Hello Kitty – 30km
Angry Birds Park (JBCC) – 14km
Puteri Harbour – 30km
Kg Sg Melayu (Nusajaya) – 33km (lokasi EkoTourism terkini)
Sudut pandangan dari Sunway College
Swimming pool yang luas mata memandang
Infiniti swimming pool
Seronok lepak2 sambil bersantai
Ruang tamu yang selesa
Bilik tidur 1
Bilik tidur 2
Hiasan bilik tidur
Hiasan bilik tidur
Bilik air beserta water heater
Ruang menonton TV 40 inci
Ruang dapur yang ringkas
Meja makan
Rehat2 sambil melihat pemandangan dari jendela
Pamplet utk kemudahan ke tempat2 menarik di JB
Pemandangan kawasan taman tema yang dijangka siap dalam masa terdekat
Taman permainan buat kanak2
Bilik sauna bagi yang nak buang lemak cara santai
Pemandangan dikelilingi kawasan perumahan elit
Peta:-
GPS koordinat:-
Latitude: 1.5608632771102615
Longitude: 103.77881348133087
Cara booking:-
Call/sms/whatsapp/telegram
017-779 7900 @ 011-2978 7997
Email: homestaytawakkal@gmail.com
Syarat2 lain:-
Bayaran deposit 50% (mesti dibuat dalam tempoh sehari, akan dibuka untuk umum kembali)
Deposit tidak akan dipulangkan jika cancel booking kurang 7 hari
Jika booking 3 hari dari tarikh menginap kena buat full payment terus
Sekuriti deposit RM50 (yang akan dipulangkan sewaktu check out & tiada kerosakan dan kehilangan)
Kenapa anda wajib pilih kami:-
Sudah lebih 3 tahun beroperasi
Kami tahu pilihan pelanggan
Penginapan memenuhi piawaian antarabangsa
Memenuhi citarasa tempatan
Dekat dengan tempat2 yang menarik
Kebersihan menjadi keutamaan kami
Sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan
Return customer yang berpuashati
Kami bantu beri cadangan utk ke tempat2 yg menarik utk dikunjungi
Banyak cawangan dgn pelbagai pilihan
Paling cepat berkembang, setahun yang terakhir dengan pembukaan 6 cawangan baru (di JB, KL & Pahang)
Andi Fauzi
Marketing Manager
Homestay Tawakkal
017-779 7900 @ 011 2978 7997
homestaytawakkal@gmail.com
homestaytawakkal.com (dalam pembinaan)
facebook.com/homestaytawakkal