Wednesday, August 27, 2014

Homestay Terkini di Taman JP Perdana, Johor Bahru

Assalamualaikum semua. Semoga semua berada dalam keadaan ceria sentiasa melakukan perkara yang sedang anda lakukan.

Pejam celik, pejam celik dah berlalu sebulan Syawal. Saya pasti tahun ni raya yang paling meriah untuk anda semua. Yelah, dapat berjumpa kaum keluarga yang dekat mahupun jauh. Pasti seronok kan.....
Kami juga semakin berkembang dari hari ke hari. Jika dua bulan yang lalu kami mengumumkan pembukaan homestay ke-5 yang terletak di Bandar Baru Uda, JB, kini kami melangkah setapak lagi dengan pembukaan terkini homestay di Taman JP Perdana, JB yang terletak di kawasan padat yang bersebelahan dengan beberapa taman lain seperti Setia Indah, Seri Austin, Bandar Dato Onn, dan juga Taman Daya.

homestay murah di johor bahru
Gambar hiasan

Homestay yang berciri serba moden ini adalah sebuat rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur serta ruang letak kereta yang selesa untuk 3 buah kereta. Lokasinya yang tidak jauh dari Hospital Sultan Ismail, mahupun Kolej Sunway dan beberapa kolej swasta yang terkenal membuatkan ia sebuah homestay mesra kemudahan. Dijangkakan Taman Tema Air Austin Heights yang akan mula beroperasi hujung tahun ini pasti akan meningkatkan populariti taman2 berdekatan tidak terkecuali Taman JP Perdana

homestay murah di johor bahru

Sila klik link di bawah untuk informasi berkaitan Taman Tema Air Austin Heights.

Kami akan memuatnaik gambar homestay kami dalam masa terdekat untuk memudahkan anda melihat keistimewaan homestay kami yang terkini ini.

Hingga berjumpa di coretan yang akan datang.
Wassalam.

Andi Fauzi
Pengurus Homestay Tawakkal
https://www.facebook.com/HomestayTawakkal
017-779 7900


Friday, August 22, 2014

Mama's Flower Collection

These pictures are all taken from my mama's garden which some of them are located within mama's house and some from homestay's vicinity. This is mama's hobby since she was young and I believe this will not stop here. Some of the flowers are rare, not easily available which were source from wild nature. Most of it were either bought from local Pasar Lambak or gather from relatives and friends.

Enjoy the beauty of these creatures!

























Pictures taken by:-
Andi Fauzi