Tuesday, November 15, 2011

Musim Cuti Sekolah Menjelma LAGI!!!!

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa perkara mengenai cuti memandangkan cuti sekolah yg akan bermula esok. Tahun ini cuti sekolah akan berlanjutan selama 6 minggu. Ia merupakan satu tempoh yang panjang dan kalau tidak digunakan dengan cara 'smart' pasti akan berlalu begitu saja.

Jadi apa rancangan ANDA SEKELUARGA?
Apa plan?
Saya yg x cuti sek pun plan utk bercuti
Setahun bekerja masa utk 'break' - manusia perlukannya
Malaysia bumi bertuah - penuh dgn keindahan alam
Tpt percutian idaman - beach pulau, jungle, tpt tema peranginan
Dh smpai ke Tioman, Langkawi, Pangkor, Mataking, Mabul, Kapalai
Nk ke Perhentian, Sipadan

X perlu pi jauh utk bercuti, ikut kemampuan masing2

Kenderaan
klu x ramai naik kenderaan awam, klu ramai seronowk naik kereta, ada pro & cons masing2

Tuesday, November 8, 2011

BerHari Raya Korban di Kelantan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya AidilAdha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban. Belum terlambat utk saya mengucapkan Hari Raya kepada semua semoga semua dapat berjumpa dengan ayah & bonda beserta dgn adik beradik dan juga sanak saudara.

Saya berpeluang pulang ke kampung isteri yang berada di Kelantan. Apa yang saya nak ceritakan bukan berkaitan dgn hari raya yg disambut, tapi dalam perjalanan saya pergi dan pulang, yang paling saya suka ialah perhentian utk mengisi PERUT. Dlm perjalanan ke kampung, sy berhenti makan di sebuah kedai di kawasan Endau. Kedai ni nmpk kecil jer, tapi semua meja penuh. Yang paling seronok, depan kedai ni ada Bus Stop yg telah diubahsuai menjadi meja menjamu selera juga (waktu malam sahaja). Kedai ni nmpk biasa jer, tp depan kedai ni ader gerai sate dn asap dari masakan sate ni menyelubungi kedai ni.

Jadi kami (isteri, adik ipar & rakan adik ipar) pun singgah di kedai ini. Suasana agak bising sbb TV sdg tunjuk rancangan Anugerah Skrin. Lepas tu pelayan di situ pun datang ambil order dari kami. Sebab waktu dtg tgk sate tu nmpk mcm special, kitaorg pun nk juga rasa sate tu. Tp pelayan tu kata satenya dah habis sebab ada sorang tu order dekat 100 cucuk kot. Emmm, tak de rezeki nmpknya utk kami merasa sate malam tu.

Anyway, sbb kami semua kelaparan, jadi kami pun order makanan lain, malas nk ke tempat lain, dan dengan HARAPAN yg sate masih ada. Nak di jadikan cerita, selang 10 minit kemudian, kakak yg masak sate tu ke meja kami dan bertanya jika kami nk order sate. Alhamdulillah!!!!! Kami tanpa melepaskan peluang terus order sate SPECIAL tu.

Moral of the story, ada beberapa yg saya nak kongsi di sini. Pertama, kedai kecil jgn disangka BIASA, sebab kdg2 kedai yg kecil tu ada something SPECIAL yg kita tak tahu. Kedua, jgn PUTUS HARAPAN. Walaupun pada permulaan tadi niat nk mkn sate macam dh terbantut. Tapi Allah dh kata rezeki malam tu dapat makan sate, jadilah ia seperti yg Allah rancangkan.

Sehingga kita bertemu lagi di lain masa. Luang2kan masa untuk melancong ke tempat lain kerana kita tak tahu apa yg ada di tempat lain yg mungkin tiada di tempat kita. Selamat melancong!

Wednesday, November 2, 2011

November kembali.....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pejam celik kita dah hampir ke penghujung tahun. Apa yg ada di HUJUNG TAHUN? Soalan ni mmg selalu di nanti2kan terutama kepada yg masih belajar di sekolah. Hujung tahun maknanya dah makin dekat dengan CUTI SEKOLAH!

Jadi, apa RANCANGAN ANDA cuti sekolah kali ini? Kalau diajukan soalan tu pada saya, pasti jawapannya nak pergi BERCUTI merehatkan MINDA & BADAN yg dah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun. Itu bagi saya yang bekerja. Utk mereka yang masih belajar, pasti mereka juga perlukan REHAT utk persediaan menghadapi tahun hadapan dengan pelajaran yang pasti makin mencabar.



JADI nak pergi bercuti? Ke mana arah tujuannya? Sebenarnya Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak tempat2 yg menarik yang boleh dilawati. Ada sebahagian tpt2 itu yang diiktiraf TERBAIK di dunia. Jadi kita sepatutnya bersyukur dan mengambil kesempatan itu utk melawati tpt2 yang ada terdapat di Malaysia.

Bila bercerita tentang cuti, pasti pening kepala memikirkan hala tujuan dengan bajet yg ada. Mungkin bagi mereka yang ada bajet besar tak jadi masalah. Tapi sebahagian dari mereka mungkin mempunyai bajet yang terhad. Namun jangan bimbang, pilihan terletak di tangan anda. Mungkin buat permulaan pergi ke lokasi yang tak berapa jauh dari kediaman ANDA tapi cukup utk ANDA memerlukan tempat tinggal yg berlainan dari sekarang. Sekurang2nya ANDA dapat keluar dari kepompong kebiasaan atau rutin harian ANDA.

Jadi fikir2kan pilihan ANDA sekarang! Jgn tunggu dh cuti baru nak memikirkannya. Masih belum terlambat utk buat perancangan hujung tahun ANDA.