Monday, June 29, 2015

HOMESTAY2 TERKINI DAN PERANCANGAN BAKI 2015

Assalamualaikum buat rakan, sahabat, serta pelanggan setia yang saya kasihi.

Bersyukur dengan nikmatnya, masih dapat berjumpa dalam coretan terkini.

Tahun 2015 merupakan tahun yang amat menyeronokkan buat saya dan isteri. Dari awal tahun lagi kami sibuk dengan pembukaan homestay yang baru dan Alhamdulillah untuk tahun ini sudah Berjaya menyiapkan 7 buah homestay. Insyallah dengan perancangan yang teliti, 2 buah lagi homestay akan menyusul selepas Hari Raya ini.

Bermula dengan cawangan ke 8 di Bukit Indah pada bulan Jan, diikuti dengan unit ke 9 di Mount Austin, kami tidak menoleh ke belakang lagi. Projek ke 10 merupakan projek jarak jauh di KL yang juga merupakan kondo yang terletak di Vue Residence. 

Semua projek ini berjalan sekitar Jan-Mac. Bulan 
April kami meneruskan momentum dengan unit ke 11 di kondo sama di Mount Austin di susuli cawangan ke 12 yang merupakan kondo yang terletak betul2 di tengah2 bandaraya JB. Tidak habis di situ, homestay ke 13 di Bukit Indah berjaya disiapkan pada bulan Mei dan yang terbaru unit ke 14 di Mount Austin.

Sebenarnya kami juga telah mengubahsuai sebuah rumah di Pekan Pahang, yang merupakan sebuah kayu yang unik sehingga menjadi sebuah Homestay yang kini telah mula beroperasi sejak awal bulan 6. 
2 buah homestay lagi yang akan menyusul terletak di Batu Pahat (Johor) dan Tanah Merah (Kelantan), yang pertama di Pantai timur. Dua2 projek ni bakal menguji minda, tenaga dan pasti sumber kewangan kerana ia merupakan projek yang besar. 

Rumah di Batu Pahat memerlukan 2-3 bulan untuk diperbaiki sebelum boleh dijadikan homestay yang lengkap. Projek homestay Tanah Merah akan bermula dengan tanah kosong yang akan didirikan beberapa rumah secara berperingkat. Saya menjangkakan yang projek ini akan memakan masa paling kurang 6 bulan untuk fasa pertama.

Dan insyaallah jika diizinkan, akan buat kerjasama untuk buat hotel budget. Lokasi masih dirahsiakan. 

Moga2 diberikan kekuatan dan petunjukNya semoga semuanya berjalan lancar.

Cawangan Vue Residence

Cawangan Akademik Unit no 2

Cawangan Akademik Unit no 3

 Cawangan Skyloft unit no 2

 Projek homestay Pekan

 Cawangan Golden Sands