Mercu tanda anda sudah tiba di homestay, Tangki Air
Untuk memudahkan anda yang menginap di homestay kami, ingin juga kami kongsikan kemudahan2 yang terletak berdekatan dengan lokasi homestay.
1. Kedai makan/restoran
Kami tahu yang anda datang dari pelbagai lokasi dari seluruh Malaysia malahan ada juga yang datang dari negara jiran. Jadi kami pasti bila tiba, dan perut terasa kosong, pasti tempat makan menjadi tujuan untuk menjamu selera. Lokasi kami yang terletak di tengah2 pekan Benut sebenarnya amat mudah untuk ke lokasi menjamu selera. Restoran Burhani yang terletak hanya dalam 20m atau 2 minit berjalan kaki yang beroperasi 24 jam merupakan lokasi terdekat yang boleh anda kunjungi.
Selain itu, ada juga beberapa restoran yang terletak dalam lingkungan 100 meter dari homestay kami. Restoran 25 JAM, Tepian Raudah, Restoran Haji Arshad, Restoran Singgahsana, kedai minuman Coolblog antara lokasi berdekatan untuk menjamu selera.
Terletak kurang dari 500m. Selain digunakan untuk beribadat, juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menjalankan majlis akad nikah.
3. Stesen Minyak - Shell, Petronas
Terletak lebih kurang 1 km. Mudah untuk dapatkan bekalan minyak untuk mereka yang datang berkenderaan.
4. Dewan Serbaguna
Bagi yang mungkin ingin mengadakan majlis perkahwinan, atau pun majlis keraian, dewan ini menjadi pilihan kerana saiz dan kemudahan yang ada.
5. TARGET shopping centre
Terletak di Pusat Perniagaan Benut yang menawarkan pelbagai barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan banyak lagi.
6. Bank Rakyat & BSN
Cawangan Bank Rakyat & BSN yang baru dirasmikan oleh Dato' Ahmad Maslan. Memudahkan urusan perbankan anda.
8. Kedai 2nd hand (Bundle)
Mula beroperasi 9 mlm ke atas hingga awal pagi, juga ada di Rengit yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan. Tempat yang sesuai anda lawati jika ingin mencari barangan terpakai yang kadang2 lebih berkualiti berbanding dengan barangan baru.
Ada beberapa klinik yang boleh anda kunjungi sekiranya anda atau kaum keluarga menghadapi masalah kesihatan. Antaranya ialah Klinik Rashid (berdepan dengan homestay kami), Klinik Tan, Klinik Muhammad, dan Klinik Kerajaan di Parit Ismail.
10. Balai Polis
Keselamatan anda menjadi keutamaan kami. Kami ingin memastikan yang tempat yang anda lawati adalah selamat. Anda HAPPY kami puas hati.
Pasti ada segelintir yang menghantar anak ke asrama ini. Anda tidak perlu risau kerana homestay kami hanya beberapa kilometer dari MRSM ini yang terletak di mukim Ayer Baloi.
12. Kukup (47km)
Jika ingin ke pulau2 berdekatan di Indonesia, ini tempat yang anda patut tujui. Ada perkhidmatan feri laju yang disediakan dan pusat imigresen. Selain itu juga ini tempat tujuan untuk mendapatkan makanan seafood yang terbaik di Johor.
13. Tanjung Piai (50km)
14. Sekolah
Mungkin ada yang datang ke Benut untuk menghadiri mensyuarat, audit berkala mahupun urusan2 pejabat. Ada beberapa sekolah yang terletak berhampiran seperti Sek Sri Tanjung, Sek Men Benut, Sek Keb Benut, Sek Agama An-Nur, Sek Agama Benut, Sek Agama Bersepadu, Sek Keb Bugisia dan juga Sek Sri Benut.
Untuk yang datang ke Benut menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, jangan bimbang kerana lokasi kami hanya berada 1km dari stesen bas & teksi (Tanjung).
16. Dataran Dato Jalok, Benut (0.5km)
Seringkali diadakan majlis seperti Pesta Jualan, Pesta UMNO, Pesta UTM, Forum Perdana Hal Ihwal Islam dan lain2. Kami ada pelanggan yang menginap yang berniaga di pesta2 tersebut.
17. Pekan berdekatan Benut
Simpang Renggam (24km)
Batu Pahat (48km)
Pontian (25km)
Rengit (10km)
Semoga dengan coretan ini membantu anda untuk 'survive' di pekan Benut. Kami pasti pengalaman indah ini sesuai untuk dikongsikan bersama keluarga mahupun sahabat handai sebagai destinasi untuk lari dari kesibukan hidup di kota raya. Hingga berjumpa lagi di coretan lain.Wassalam.
Encik boleh hantar lokasi.
ReplyDeleteHomestay untuk 2 bilik ada tak?
ReplyDelete