Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2012
Salam semua,
Cuti sekolah kembali lagi. Pasti banyak aktiviti yang dirancang bersesuaian dgn tema cuti sekolah selama 2 minggu (atau 16 hari). Ia merupakan satu tempoh yang panjang dan jika tidak digunakan dengan 'smart', masa itu akan berlalu tanpa kita sedari.
Kalau dirancang dengan teliti, cuti ini akan menjadi cuti yg paling bermakna utk kita, lebih2 lagi utk anak2. Apa yang boleh dirancang? Ambil sehelai kertas dan tuliskan apa aktiviti yg boleh dibuat. Saya boleh beri beberapa cadangan seperti bercuti, beriadah (bersukan, berenang), menghadiri kenduri kahwin (pasti banyak), menziarahi ibu bapa mahupun adik beradik, memancing, shopping, mendaki gunung, dan sebagainya.
Kemudian, setelah kita tuliskan aktiviti2 tersebut, kita ke langkah seterusnya iaitu buat kajian terperinci utk setiap aktiviti tersebut seperti di bawah:-
- Siapa yang terlibat (cth: suami/isteri/ibu bapa/anak/saudara mara/kawan)
- Kos (penginapan/pengangkutan/makanan/pakaian/servis)
- Tempoh (1 hari/1 minggu)
Selepas semua ini diisi, kini anda boleh nilaikan yang mana satu menjadi keutamaan. Kalau kos menjadi keutammaan, lakukan aktiviti yg menelan belanja paling rendah (atau percuma) diikuti dgn yang sederhana dan seterusnya. Kalau tempoh yang menjadi kewajipan (utk anda yg tidak mempunyai cuti yg banyak atau cuti hujung minggu sahaja), mulakan dengan aktiviti yg hanya ambil tempoh 1 hari. Dan paling baik kalau boleh digabungkan keduanya, mulakan dengan aktiviti yang murah dan ambil tempoh 1 hari. Apa2 pun semuanya terpulang pada anda mana yg jadi keutamaan. Saya hanya memberi cara bagaimana utk menilai/ menapis aktiviti agar kepala tak pening nanti.
Selamat bercuti!
-Admin Homestay Tawakkal-