Wednesday, September 17, 2014

Tempat Shopping Terkini di Johor Bahru

Bagi yang teringin sangat igin datang ke JB, saya ingin kongsi tempat2 shopping yang happening di sini. Lokasi Uda Business Centre ni cuma terletak dalam lingkungan 1km sahaja dari homestay kami di Bdr Baru Uda. Rugi besar kalau tak jelajah tempat2 ni.

1) Fesyen

homestay murah di johor bahru
Pada yang mengenali Prof Muhaya, pasti tahu yang beliau juga memiliki butik Modest Culture.


homestay murah di Johor bahru
Butik Letizea


homestay murah di johor bahru
Butik yang saya tidak pernah dengar tapi 2 lot kedai. Pasti banyak pilihan produk yang ada.


homestay murah di johor bahru
Butik Nasre Zaim


homestay murah di johor bahru
Butik Qaseh. Tema Pinky.


homestay murah di johor bahru
Ummi Riaz yang agak terkenal juga dengan tema hijau terang


homestay murah di johor bahru
Butik Hers. Suka design logo yang amat klasik.


homestay murah di johor bahru
The pink Hailin


homestay murah di johor bahru
A catchy name; Girl Glamorous


homestay murah di johor bahru
Well known dalam magazine dan online; Butik Sugarscarf.


homestay murah di johor bahru
Deretan kedai pelbagai jenama.


homestay murah di johor bahru
Memang terkenal offline & online.


homestay murah di johor bahru
Jenama baru.


homestay murah di johor bahru
Lebih banyak lebih meriah!


homestay murah di johor bahru
Pasti ramai peminat Datin kan...


homestay murah di johor bahru
Tak jumpa pilihan, masuk kedai2 lain.


homestay murah di johor bahru
SK yang sinonim dengan telekung special...


homestay murah di johor bahru
Terang & Besar


homestay murah di johor bahru
JAKEL yang amat besar. Pasti banyak pilihan....


homestay murah di johor bahru
Akan dibuka.....


Butik baby OBW juga tidak ketinggalan.

2) Tempat makan

homestay murah di johor bahru
Bermacam pilihan makanan. Mesti cuba satu...kalau tak dua....


homestay murah di johor bahru
Peminat jeruk, jangan tak masuk kedai ni...


homestay murah di johor bahru
First in Malaysia, Islamic Steakhouse.


homestay murah di johor bahru
Dalam pembinaan....


homestay murah di johor bahru
Tempat paling sesuai untuk kanak2 riang ceria!

Andi Fauzi
Marketing Manager
Homestay Tawakkal
017-779 7900

Wednesday, September 3, 2014

Tempat2 Kunjungan Yang Amat Superb di JB

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Ramai kawan2 bertanya, apa ISTIMEWAnya JB (Johor Bahru)? Dulu kalau tanya soalan ini, mungkin tak banyak tempat2 yang menarik. Tapi sejak siapnya NUSAJAYA dan paling penting LEGOLAND, semuanya berubah. Sebenarnya banyak tempat yang menarik, cuma kurang promosi dari pihak kerajaan yang membuatkan orang berfikir yang tak banyak tempat menarik di bandaraya paling Selatan ni.

Kali ini saya cuba fokuskan pada tempat2 yang anda boleh kunjungi.

1) LEGOLAND

Ini merupakan tarikan utama yang menyebabkan kebanjiran pengunjung2 ke JB. Sejak ia dibuka secara rasmi 2 tahun yang lalu, ratusan ribu pengunjung telah datang melihat sendiri betapa besarnya taman tema yang pertama seumpamanyanya di Asia Tenggara ini. Lokasinya di Nusajaya, lebih kurang 17km dari homestay kami di Uda, membuatkan ia cukup dekat dan mudah untuk ke sana bersama keluarga. (Klik sini untuk peta ke Legoland.) Di khabarkan terdapat lebih dari 70 jenis permainan yang disajikan yang pasti membuatkan anda senantiasa sibuk bergembira sepanjang berada di sini. Untuk tahu lebih lagi mengenai harga tiket, waktu beroperasi dan sebagainya, boleh ke pautan di bawah.
http://www.legoland.com.my/

homestay murah di johor bahru
 Wah....seronoknya!

2) Zoo Johor

Dikatakan salah satu zoo tertua di Malaysia, tak puas rasanya datang ke JB jika tidak singgah ke sini. Walaupun tidak dapat menandingi zoo2 yang lain yang lebih besar dan moden, zoo ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan pengunjung yang datang. Kanak2 memang suka jika dapat ke sini, sambil melihat binatang2 yang jarang ditemui. Zoo yang terletak lebih kurang 4 km dari Danga Bay dan kurang 1 km dari Masjid Sultan Abu Bakar ini mempunyai beberapa binatang ekzotik seperti harimau, gajah, badak sumbu, buaya, burung, unta dan banyak lagi. Di samping itu jangan lupa melihat keletah burung bangau yang dipanggil penjaganya untuk diberikan makanan. Ada yang mengikut kata, pasti ketawa melihat burung yang melawan bila dimarahi. Pasti seronok dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga anda.
Klik untuk peta ke zoo.

homestay murah di johor bahru
Aummmmmm....

3) Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid ini yang dulu merupakan Istana Singgahsana Sultan Johor, masih utuh dan struktur bangunannya yang dijaga rapi hingga kini merupakan lokasi yang sangat cantik. Kedudukannya yang terletak di atas bukit dan berada tidak jauh dari tepian laut, mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan. Anda juga dapat melihat sisi pulau Singapura yang jika dilihat dengan teliti, hanya dipisahkan oleh laluan air yang jaraknya kurang dari 1 km. Kalau anda sanggup, anda juga boleh berenang untuk ke Singapura. Selamat mencuba!
Peta untuk ke sana.

homestay murah di johor bahru
Singgah bersolat sebentar

4) Johor Premium Outlet

Yang ini memang rugi kalau tak sampai. Diskaun yang kadang2 tak masuk akal memang mencabar poket yang tengah kering walaupun di hujung bulan. Dengan pilihan jenama2 yang memang gah terkenal, memang puas menjamu mata meninjau pelbagai pilihan barangan. Pilihan di tangan anda. Yang penting kena datang dan tengok dulu pilihan yang ada. Saya sendiri tak pernah tangan kosong bila datang ke sini.
Peta JPO.

homestay murah di johor bahru
Borong jangan tak borong cik abang oiiii....

5) Pantai Stulang Laut

Pada yang tidak tahu, tempat ni paling terkenal dengan pilihan restoran seafood yang pasti mengamit selera anda. Di sini juga ada pusat membeli belah The Zon yang bersambung dengan Terminal feri untuk ke destinasi di Indonesia; Batam dan Tanjung Pinang. Mengikut sejarah 20 tahun dulu, tempat ni jadi tumpuan untuk orang mandi manda namun tidak lagi kini. Pemandangan tepian lautnya yang cantik beserta tiupan angin sepoi2 bahasa masih menjadi ingatan buat kaum muda mudi mahupun keluarga untuk bersantai.
Peta Stulang.

homestay murah di johor bahru
Mari bershopping

6) Hello Kitty Town

Tempat ini dibuka beberapa bulan selepas pembukaan Legoland. Lokasinya terletak di Puteri Harbour yang juga menempatkan Restoran Lat yang unik. Namun begitu ada kelainan yang membuatkan taman tema ini juga menjadi tempat lawatan pilihan. Taman ini lebih sesuai untuk kanak2 yang gemarkan permainan di dalam kawasan tertutup dan ia lebih sesuai untuk kanak2 yang berumur dalam lingkungan 1-10 tahun (anggaran). Walaupun jumlah permainan yang terdapat tidak sebanyak yang ditawarkan di Legoland, namun beberapa karakter seperti Bob The Builder, Thomas & Friends yang memang sinonim dan terkenal di TV membuatkan kanak2 amat menyukai tempat ini. Dengan kos tiket yang jauh lebih murah berbanding Legoland, taman tema ini pasti menjadi salah satu pilihan jika anda berkunjung ke JB.

homestay murah di johor bahru
I'm in town!

7) Angry Bird Park

Ini merupakan taman tema terkini yang dibuka bersempena dengan pembukaan Komtar JBCC (betul2 terletak di pusat bandar bersebelahan dengan City Square) pada pertengahan bulan Julai yang lalu. Bagi penggemar permainan ini, kini anda mempunyai pilihan untuk pergi dan merasai sendiri permainan secara fizikal ini. Jika sebelum ini, hanya burung sahaja yang merasainya bila ia melanggar sesuatu halangan, kini anda juga boleh menjadi halangan itu dan di'tembak' menggunakan alat2 yang disediakan. Anda kena datang dan lalui sendiri untuk merasai 'nikmat' di'tembak'. Semoga bergembira!!

homestay murah di johor bahru
Amat dinanti2kan...

8) Pasar Karat

Kalau anda ke pusat bandar Johor Bahru di waktu malam, tak sah kiranya jika tak berkunjung ke Pasar Karat @ JB Bazar. Pasar yang dibuka setiap malam ini memulakan operasi di waktu malam sahaja dan hanya akan ditutup sekitar jam 2-3 pagi. Tempat ini amat sesuai untuk anda yang suka berjalan sambil cuci2 mata dengan barangan yang ada dijual di sini.
Tips: Pastikan parking kereta di tempat yang disediakan kerana polis juga berlegar untuk menyaman kereta anda jika tidak di letakkan di tempat yang sesuai.
Peta ke Bazar.

homestay murah di johor bahru
Pintu gerbang

9) Danga Bay

Banyak pembaharuan yang berlaku di sini. Dulu tempat ini dikenali sebagai Pantai Lido, namun setelah diambil alih untuk dinaik taraf, namanya juga sudah digantikan, dan dikenali dengan nama Danga Bay. Kini pantainya nampak lebih bersih dan terjaga dengan pasir yang lebih halus. Selain itu, banyak tempat makan yang ada jika anda ingin menjamu selera dengan pelbagai pilihan yang ada. Tidak ketinggalan juga dengan kehadiran zoo berskala kecil jika anda pencinta binatang. Bagi yang sukakan aktiviti riadah, ada disediakan basikan yang anda boleh sewa untuk dinaiki sambil mengambil udara segar di tepian pantai.
Peta ke Danga Bay.

homestay murah di johor bahru
Menikmati makan malam di atas kapal

homestay murah di johor bahru
 Petting zoo

homestay murah di johor bahru
Jom naik basikal beroda empat!

10) Desaru

Bagi yang sukakan bermain di pantai, saya cadangkan untuk ke Desaru yang terletak hanya sejam dengan menggunakan highway E22 berbanding lebih dua jam jika menggunakan laluan lama. Anda boleh mandi manda di sana sambil dipukul ombak yang kadang2 mengganas menghempas pantai. Pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi!
Peta ke pantai

homestay murah di johor bahru
Pemandangan indah jambatan E22 ke Desaru

11) Kota Tinggi

Last but not least....Air Terjun Kota Tinggi. Tempat ni memang jadi tumpuan di hujung minggu mahupun waktu cuti sekolah. Anda perlu memandu lebih kurang sejam untuk tiba ke destinasi air yang senantiasa jatuh ni. Cuma kena hati2 sebab batu2nya agak licin. Ni kalau mandi mesti sampai kecut jari jemari ni....
Peta ke waterfall

homestay murah di johor bahru
Nyamannya.......

Jadi, dah banyak cerita ni. Jomla ke Johor Bahru. Mesti seronok dengan bermacam2 tempat2 menarik yang ada. Kalau susah nak buat pilihan, boleh hubungi saya dan saya cuba mampu berikan pandangan dan panduan. 

Selamat BERCUTI!!!

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Homestay Tawakkal
017-779 7900