Thursday, October 22, 2015

Cawangan Homestay ke-12 di Golden Sands JB City

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tengah bersemangat nak kasi update one after another. Dengan harapan, yang membaca dapat sedikit info yang berguna. Mungkin boleh share dengan lebih kawan2 yang mungkin perlukan khidmat kami.

Rumah ini merupakan Homestay pertama kami yang betul2 berada di tengah2 bandar JB yang sibuk ini. Lokasinya yang hanya terletak di belakang HSA (Hospital Sultanah Aminah), serta dekat dengan gerai makan Van Luton di Dataran Bandaraya yang sentiasa bersinar terang hingga ke awal pagi. Lokasi ini sering menjadi tumpuan samada pelancong2 luar mahupun mereka yang memerlukan perkhidmatan kesihatan di hospital yang terawal di JB yang mempunyai ramai doktor pakar terlatih.

Fasiliti yang ditawarkan dengan kolam renang infiniti di tingkat 8 (tepinya yang nampak macam air terjun yang jatuh tanpa halangan) serta nampak pemandangan bandaraya JB lebih2 lagi pada waktu malam yang amat meriah. Selain itu ada juga disediakan gymnasium dan taman permainan kanak2.

Jika nak lebih adventurous dan melihat kehidupan kota di malam hari, boleh pandu kereta sambil pusing2 bandar sambil melihat lampu yang berwarna-warni. Juga boleh ke Century Garden yang manawarkan pemandangan tepi laut yang menarik dengan deko2 5 bintang serba moden terkini. Tak jauh dari Century Garden, terletaknya Istana Sultan Johor yang dihiasi Mahkota penuh bergemerlapan yang sebelahnya ada air pancut warna warni. Memang syok la kalau dapat ke sini bersama keluarga menikmati keindahan terbaru bandaraya JB.

Ternyata Homestay terbaru ini dapat permintaan yang amat tinggi kerana lokasinya. Ramai yang datang menginap untuk tempoh lama sehingga sebulan lebih atas urusan percutian, bekerja luar kawasan, pegawai yang membawa ahli sukan sempena Sukan SEA di Singapura baru2 ini dan lain2 lagi.

Anda kena booking awal sekiranya ingin menginap untuk mengelakkan terlepas melihat keindahan bandaraya JB ini.

Sebagai ringkasan, kemudahan Homestay 4-star kami:-

1 bilik tidur (dengan 1 katil queen size)
Bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi penghawa dingin
Bilik air dengan pemanas air
Ruang tamu dengan TV LCD 40'
Ruang makan dengan meja 4 orang
Ruang dapur (single stove)
Peti Sejuk
Mesin basuh
Kemudahan lif
Kolam renang infiniti & kanak2
Gim
Taman permainan kanak-kanak

Pintu masuk ke kondo

Pandangan bangunan kondo

Pemandangan malam dari bilik tidur

Ruang makan dan ruang tamu

Ruang makan 4 orang

Deko ruang makan

Water heater di bilik air

Katil queen untuk tidur yang nyenyak

Deko bilik tidur

Pelanggan yang datang menginap

Kolam renang infiniti yang amat superb

Ruang lobby tempat menunggu

Ruang permainan kanak2

Mesin basuh

 Pemandangan air pancut warna warni bersebelahan istana Sultan Johor

 Replika Mahkota Sultan Johor di deppan Istana

 Bersama anak kesayangan Izz di depan istana

Isteri bersama Izz di Hello Kitty Puteri Harbour

Kemudahan berdekatan:-

Danga Bay/Century Garden - 4km
Istana JB/Mahkota Sutan/Air Pancut – 5km
Larkin Terminal Bas - 5km
Stadium Tan Sri Hassan Yunos - 5km
Aeon Bukit Indah - 15km
Tesco Bukit Indah - 15km
Restoran berdekatan (Yasin, ZZ) – 100m (walking distance)
Restoran Klasik SAGA – 1km
Hospital Sultanah Aminah – 100m (walking distance)
KSL City Mall - 5km
City Square - 4km
Komtar JBCC - 4km
Dataran Bandaraya - 250m (walking distance)
JDT training centre – 250 (walking distance)
McD - 1km KFC - 250m (walking distance)
Legoland - 20km
Puteri Harbour - 22km
JPO - 30km
The Zon Stulang - 6km
Plaza Angsana - 10km
Senai Airport - 28km
Hello Kitty - 22km
Restoran Singgah Selalu - 7km
Kompleks CIQ/JB Sentral (Custom & Immigration Quarantine) - 4km
Jakel (Uda) - 10km
Singapura (Woodland Checkpoint) - 7km

Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang dan ruang untuk sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan penginapan kami.

Semoga bertemu lagi di coretan akan datang.

Andi Fauzi
Marketing Manager/Owner
011 2978 7997
017 779 7900

Wednesday, October 21, 2015

Cawangan Homestay ke-11 di Mount Austin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nak ambil kesempatan beri update Homestay terkini yang sudah beroperasi sejak Jun yang lalu.

Homestay ni merupakan unit ke-2 di Akademik Suite selepas unit pertama yang dilancarkan bulan Feb lalu. Kali ini unitnya sedikit kecil dari saiz tapi lagi dekonya lebih menarik berbanding yang terdahulu. Yelah, nak jadi yang terbaik mesti teruskan belajar dan buat penambahbaik pada homestay2 terkini.

Fasiliti yang ditawarkan masih sama dengan kolam renang infiniti (tepinya yang nampak macam air terjun yang jatuh tanpa halangan). Selain itu gymnasium, bilik sauna (siapa yang suka berpanas2 dan berpeluh boleh cuba bilik ni), taman permainan kanak2, bilik membaca. Taman Tema juga bakal siap tahun ini (2015) di mana ia Cuma kurang 1km dari unit baru ini. Dengan bank yang Cuma perlu jalan kaki dan restoran, juga bersebelahan kolej Sunway memang lokasi yang amat mudah. Parking kereta, check in masuk, dan jalan kaki untuk ke tempat2 yang saya sharekan tadi. Mudah kan!!

Pada bulan 7 yang lalu kami dapat kunjungan pelanggan dari Kelantan yang melawat anaknya yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) yang terletak 4km dari Homestay. Selain itu kami juga menerima tempahan daripada Mydin yang menempatkan pekerja2nya yang datang dari cawangan yang lain bersempena dengan pembukaan cawangan baru di Pelangi Indah (6km).

Ada juga pelanggan yang datang dari Singapura yang telah menginap sempena meraikan majlis perkahwinan rakan mereka. Jadi walau apa jua tujuan anda, kami cuba berikan khidmat terbaik kami untuk memastikan anda selesa menginap di homestay2 kami, tidak kira di JB, Batu Pahat, Benut atau di KL.

Sebagai ringkasan, kemudahan Homestay 4-star kami:-

2 bilik tidur (dengan 1 katil single setiap bilik)
Semua bilik dilengkapi penghawa dingin
Bilik air dengan pemanas air
Ruang ringkas dengan TV LCD
Ruang makan untuk 2 orang
Ruang dapur
Peti Sejuk
Mesin basuh
Kemudahan lif menggunakan kad akses bersekuriti
Kolam renang infiniti dan kanak2
Gim
Bilik Sauna
Bilik Membaca
Taman permainan kanak-kanak

Kemudahan berdekatan:-
Pasaraya Econsave - 4km
Pasaraya Maslee - 4km
Aeon Tebrau - 4km
Tesco Extra Tebrau - 4km
Restoran berdekatan (E&Y, Serai Kampung) - walking distance
Hospital Sultan Ismail - 4km
Sunway College - walking distance
McD - 500m
KFC - 2km
Masjid An-Najah - 1km
7-Eleven - walking distance
Legoland - 30km
Puteri Harbour - 32km
JPO - 30km
The Zon Stulang - 15km
City Square - 15km
Komtar JBCC (Angry Birds Park) - 15km
Plaza Angsana - 18km
Senai Airport - 26km
Nusajaya - 35km
Hello Kitty - 30km
Restoran Singgah Selalu - 19km
Kompleks CIQ (Custom & Immigration Quarantine) - 16km
Jakel - 18km
Mydin (Pelangi Indah) - 6km
Singapura (Woodland Checkpoint) - 18km
Educity, Nusajaya - 35km















Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kami. Semoga bertemu lagi.

Andi Fauzi
Marketing Manager/Owner
011 2978 7997
017 779 7900