Assalamualaikum dan selamat petang.
Memang banyak lagi rumah2 yang belum sempat saya kongsikan di blog ini. Insyaallah akan saya kongsikan bila saya bersedia nanti.
Untuk kali ni saya nak kongsikan projek terkini saya yang dijangkakan akan siap dalam seminggu ini. Rumah ini sebenarnya sudah berusia lebih 30 tahun. Sebelum ini, ia disewakan kepada satu keluarga untuk tempoh hampir 15 tahun. Namun disebabkan masalah anai2 yang serius sehingga ke ruang bumbung, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah lain.
Ini memberikan saya peluang untuk melihat sendiri masalah serta potensi rumah tersebut. Pertama lokasinya yang amat menarik beserta kawasan berhadapan rumah yang ada projek perumahan baru, menjadikan satu pilihan yang baik untuk dijadikan Homestay. Dengan pemandangan serta berada di kawasan tinggi yang berangin juga memberikan potensi yang menarik.
Pada pertengahan tahun 2014, saya sudah mula memanggil kawan saya yang merupakan kontraktor awam untuk melihat sendiri rumah serta memberikan anggaran kos yang diperlukan untuk membaikinya. Namun pada waktu itu kewangan menjadi penghalang utama untuk meneruskan projek ini. Jadi selama 6 bulan projek ini terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Dia juga tidak berikan perincian kos yang perlu untuk membaiki rumah. Rumah terbiar walaupun ada yang ingin menyewa. Saya tak sanggup menyewakan dengan risiko yang mungkin boleh mencederakan mereka yang tinggal di rumah ini nanti.
Namun dengan izinNya, saya mendapat satu idea bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan untuk membaiki rumah ini. Pada awal tahun, saya memanggil beberapa lagi kontraktor untuk memberikan kos membaik pulih serta menaik taraf rumah yang agak usang ini. Dari kos RM70k sehingga RM140k, itulah anggaran yang diberitahu. Saya agak terkejut walaupun saya tahu memang jumlah besar diperlukan untuk rumah ini menjadi sebuah Homestay yang serba moden. Dalam anggaran saya mungkin tak lebih dari RM50k.
Sekali lagi projek ini tergantung disebabkan kewangan yang sepatutnya dapat disediakan tidak menjadi kenyataan. Namun saya meneruskan usaha untuk mencari kontraktor yang boleh menjadikan rumah ini Homestay pada harga yang lebih rendah. Alhamdulillah, kawan saya kontraktor yang mula2 datang sudah memberikan harga yang lebih wajar, bawah RM50k seperti yang saya anggarkan dulu.
Bermula pertengahan bulan 8, projek ini pun kick-off. Kerosakan anai2 yang nampak serius ternyata tidak seteruk yang dijangkakan. Jadi sedikit kos dapat dikurangkan dan disalurkan untuk kerja2 naik taraf yang lain.
Ini perancangan ubah suai:-
Ratakan ruang parking untuk dijadikan ruang yang luas
Pemasangan awning sepenuhnya bahagian parking tadi
Pasang tile baru yang lebih mewah dan cantik
Bilik air/tandas digabungkan menjadi satu dengan tile baru utk dinding n lantai
Piping semula serta alih tangki air ke lokasi baru yang lebih sesuai
Pasang Cornish ke seluruh rumah
Cat keseluruhan rumah (luar dan dalam)
Pendawaian semula dan tambahan
Lampu serta kipas baru
Aircon
Ruang tempat makan baru
Tukar semua pintu dan jernang
Upgrade tingkap dengan design terkini
Simen ruang belakang rumah
Gate serta grill baru
Signboard
Sensor auto lampu depan (untuk langkah2 keselamatan)
Secara keseluruhannya, lebih 95% kerja2 telah siap. 5% yang tinggal hanya merupakan kerja2 dekorasi yang dijangkakan akan siap dalam seminggu. Promosi serta preview sudah mula saya letakkan di beberapa portal untuk memastikan yang rumah ini boleh menjadi Homestay terbaru yang boleh mencapai target income yang dirancang, insyaallah.
Saya kongsi sedikit gambar2 sebelum dan selepas kerja renovasi.
SEBELUM TRANSFORMASI
SELEPAS TRANSFORMASI
Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor tertera.
Terima kasih.
Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran dan Pemilik
Homestay Tawakkal
011 2978 7997
017 779 7900