Tuesday, March 3, 2015

HARI LAHIR KE 3 HOMESTAY TAWAKKAL

Alhamdulillah cepat sungguh masa berlalu kini kami sudah masuk ke tahun ke 3 beroperasi. Jika pada tahun ke 2 kami sudah beroperasi dengan 6 buah rumah, dengan izinNya kami kini sudah beroperasi dengan 10 buah rumah. Kami merancang untuk menambah 4-5 buah rumah lagi tahun ini dengan perancangan teliti dan juga memulakan cawangan pertama di luar Johor.

Pada yang mengikuti blog saya, post terakhir saya ialah mengenai cawangan ke 6 di Tmn JP Perdana pada bulan 10 (tahun lalu). Namun masa bergerak terlalu pantas di mana dalam tempoh 4 bulan, saya berjaya menambah lagi 4 buah rumah lagi.

Insyaallah saya akan kongsikan post2 saya yang terkini mengenai cawangan2 terbaru yang saya telah usahakan. Ada sebahagian darinya ialah usahasama dengan beberapa rakan kongsi manakala di mana saya memulakan homestay dari kosong dan ada juga yang memang sudah memiliki rumah yang lengkap dengan pelbagai kelengkapan di mana saya dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kepakaran saya dalam marketing serta menguruskan dari segi operasi (booking, keluar masuk pelanggan, pembersihan dll).

Dalam masa yang sama saya juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan buat pelanggan yang ingin ke tempat2 menarik di Johor mahupun di Singapura. Doakan agar perancangan saya tahun ini menjadi kenyataan.

Saya juga dalam proses untuk memulakan website yang baru untuk lebih memberi panduan kepada pelanggan sedia ada mahupun yang baru. Semoga dengan adanya website terbaru ini di samping blog yang telah lama saya usahakan akan memberi tambah nilai buat semua pelanggan.

Yang paling terkini saya kini mula menyediakan khidmat nasihat dan bantuan buat rakan / sahabat yang juga ingin memulakan perniagaan homestay. Semoga dengan usaha saya ini bertambah pengusaha homestay yang lahir yang pasti akan memeriahkan dan dalam masa yang sama memberi lebih pilihan buat pelanggan yang memerlukan perkhidmatan homestay.

Sampai berjumpa di masa akan datang untuk lebih maklumat terkini.

Andi Fauzi
Pemilik rangkaian Homestay Tawakkal http://homestaytawakkal.com
HP: 017-779 7900
FB page: Homestay Tawakkal

Tuesday, October 28, 2014

PEMBUKAAN HOMESTAY TERKINI CAWANGAN JP PERDANA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 


Seperti yang dirancangkan sejak sebulan yang lalu, Alhamdulillah kami telah berjaya menambah cawangan homestay terkini yang terletak di Taman JP Perdana, yang bersebelahan dengan Taman Setia Indah dan tidak jauh dari Taman Daya. Semoga dengan pembukaan homestay terkini ini dapat memenuhi permintaan di kawasan Johor Bahru yang sentiasa berkembang sejajar dengan pertambahan pelbagai pusat rekreasi keluarga.

Lokasi:
52 Jalan Jaya Putra 8/13,
Taman JP Perdana,
81100 Johor Bahru,
Johor DT.


Apa kemudahan di homestay kami? Kami menawarkan homestay yang merupakan rumah teres setingkat terletak di kawasan yang mula dibuka pada awal 2010 dan kini lebih 90% daripadanya sudah berpenghuni. Lokasinya yang terletak di kawasan yang padat dengan kemudahan awam yang merupakan kawasan yang amat pesat membangun.

Kemudahan homestay kami:-


3 bilik tidur (1 bilik dengan katil saiz Queen, 1 bilik dengan 1 katil Single berserta katil pull out, 1 bilik dengan 1 katil Single)
Semua bilik ada kipas siling
2 bilik air
Ruang tamu (air cond)
Ruang makan dengan meja 6 kerusi
Ruang dapur (basah & kering)
Ruang santai di luar
TV 29 inci
Cerek
Peti Sejuk
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking untuk 2 kereta

homestay murah di johor bahru
Rumah pandangan depan

homestay murah di johor bahru
Pintu utama sliding

homestay murah di johor bahru
Katil bilik utama

homestay murah di johor bahru
Katil single di bilik tidur 2

homestay murah di johor bahru
Katil single di bilik tidur 3

homestay murah di johor bahru
Ruang tamu

homestay murah di johor bahru
Meja kopi

homestay murah di johor bahru
Ruang relax sekeluarga

homestay murah di johor bahru
Meja makan

homestay murah di johor bahru
Ruang dapur

homestay murah di johor bahru
Kabinet dapur

homestay murah di johor bahru
Peti Ais

homestay murah di johor bahru
Bilik air

homestay murah di johor bahru
Meja solek

Kemudahan berdekatan:-


Pasaraya Econsave
Pasaraya Maslee
Aeon Tebrau
Tesco Extra Tebrau
Restoran berdekatan (E&Y, Serai Kampung)
Hospital Sultan Ismail
Sunway College
McD
KFC
Masjid An-Najah
7-Eleven
Legoland
JPO
The Zon Stulang
City Square
Komtar JB
Plaza Angsana
Senai Airport
Nusajaya

Untuk memudahkan perjalanan anda yang melalui highway, disini kami sediakan peta untuk ke homestay kami. Sila klik link ini untuk peta, homestay JP Perdana

Bagi sebarang pertanyaan/booking, sila hubungi seperti di bawah.

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Homestay Tawakkal
017-779 7900
email: homestaytawakkal@gmail.com
fb page: Homestay Tawakkal