Tuesday, May 20, 2014

Kadar Penginapan Homestay Benut

Assalamualaikum buat semua rakan2 dan pelanggan2 homestay yang kami kasihi dan ingati.

Terima kasih di atas sokongan anda semua hingga kini kami masih teguh berdiri untuk memberikan khidmat kami sejak tahun 2011. Semoga dengan sokongan yang berpanjangan yang diberikan akan membantu kami untuk mengekalkan perkhidmatan kami serta menaiktaraf homestay kami sejajar dengan permintaan dan keselesaan anda. 

Sepanjang kami berkongsi khidmat kami dengan anda, kami kadang-kadang berdepan dengan masalah yang kami cuba elakkan. Kami minta maaf jika ada di antara masalah2 tersebut membuatkan anda tidak selesa. Insyaallah akan kami cuba perbaiki, semoga anda terus kekal memberikan sokongan anda.

Kami cuba beri sebanyak mungkin maklumat supaya mudah untuk anda membuat keputusan dan pilihan mengenai tempat menginap untuk anda dan juga keluarga tersayang. Ini bagi memastikan anda faham dan berpuashati dengan khidmat yang kami kongsikan.

Untuk memudahkan sebarang tempahan untuk menginap, pihak kami telah menetapkan kadar berikut:-

Penginapan semalaman: RM130

Kelengkapan asas yang kami sediakan ialah 2 bilik tidur dengan katil untuk 4 orang, 2 bilik air, penghawa dingin di bilik tidur dan ruang tamu, perkhidmatan Astro Njoi, TV, ruang tamu, ruang dapur, peti ais, mesin basuh, kelengkapan pinggan & cawan dan juga sudu & garpu. Seluruh ruang rumah dipasangkan dengan karpet untuk kelesesaan maksimum. Sejadah dan telekung juga disediakan semoga anda mudah untuk menunaikan ibadah solat.

Kemudahan awam yang berdekatan ialah restoran Burhani & Raudhah, masjid, stesen minyak Petronas, BHP & Shell, pejabat pos, klinik kesihatan & swasta, sekolah rendah & menengah, balai polis, kedai runcit, pusat beli belah Target, bank BSN & Bank Rakyat yang semunya terletak dalam lingkungan 1 km sahaja.

Untuk yang datang dengan keluarga besar, kami menghadkan maksimum 10 orang untuk satu rumah. Kami menyediakan toto & bantal tambahan dengan kadar berikut:-

Pakej A: 1 toto dan 2 bantal - RM10 semalam
Pakej B: 2 toto dan 4 bantal - RM18 semalam
Pakej C: 3 toto dan 6 bantal - RM25 semalam

Waktu check-in: 2 petang
Waktu check-out: 12 tengahari

Di samping itu juga, kami ada memberikan kadar ISTIMEWA jika anda menginap lebih dari dua malam. Sila hubungi kami di nombor tertera di bahagian bawah untuk berurusan.

Sebagai tambahan, kami juga ada menyediakan kadar setengah hari jika anda datang menginap tetapi tidak bermalam seperti berikut:-

RM70 (Check in 12.00 tengahari, check out 10 malam pada hari yang sama)

Untuk membuat tempahan, pelanggan diminta untuk membuat bayaran pendahuluan (deposit) RM50 untuk setiap rumah bagi setiap malam dan baki di bayar sewaktu check-in ke homestay. Jangan lupa untuk meminta resit pengesahan sebagai bukti selepas bayaran di buat.

Sila buat bayaran di akaun tertera:-

Maybank: 1510 256 10 334 (Andi Mohd Fauzi)
CIMB: 0129 0003 555 209 (Andi Mohd Fauzi)
BSN: 0100 7410 0001 0813 (Bachok@A Yusoff)

Sila tutup paip air dan mematikan semua suis barangan elektrik selepas setiap penggunaan untuk mengelakkan pembaziran. Kerjasama anda amat2 dihargai!

Kami melarang keras kepada pelanggan untuk tidak membawa bersama makanan TIDAK HALAL mahupun MINUMAN BERALKOHOL. Kami tidak akan berkrompomi dengan mereka yang tidak bekerjasama untuk memastikan keselesaan bersama.

Terima kasih. Sehingga berjumpa lagi di homestay kami!

Yang ingin berkongsi khidmat,
En. Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Telefon: +6017-779 7900 (sms/whatsapp)
Facebook: facebook.com/homestaytawakkal
Email: amfay77@yahoo.com

No comments:

Post a Comment