Tuesday, July 8, 2014

PEMBUKAAN CAWANGAN KE 5 HOMESTAY TAWAKKAL DI BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU






Assalamualaikum buat semua rakan2 & pelanggan homestay yang kami hargai dan sayangi. Bersyukur kehadrat Ilahi hari ini dapat lagi saya berkongsi coretan dengan anda semua bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru kami.

Saya amat berbesar hati dengan sokongan yang anda berikan selama kami memulakan perniagaan homestay ini dari tahun 2011 hingga kini. Perniagaan yang bermula dengan idea untuk menyelesaikan masalah penyewa yang sebelum ini selalu mendatangkan masalah, kini melangkah setapak lagi dengan pembukaan terkini di Johor Bahru. Semoga dengan pembukaan ini mampu memberi peluang kepada pelanggan setia mahupun yang baru yang ingin berkunjung ke bandaraya JB tapi tiada tempat menginap yang selesa.

Homestay yang kami tawarkan adalah sejajar dengan peningkatan permintaan yang kami terima dan juga perkembangan populariti Bandaraya JB dengan pembukaan beberapa taman tema keluarga seperti Hello Kitty Town, Legoland, Dinasour Water Park, Taman Air Tiram dan beberapa lagi yang menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan juga Taman Tema Angry Bird yang dijangka akan siap tahun ini, pasti akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan di JB.

Jadi apa yang istimewanya homestay cawangan JB ini? Terlalu banyak keistimewaannya, salah satunya ialah lokasinya yang amat strategik, berada di tengah2 kawasan taman penduduk Islam yang paling happening di JB yang pastinya terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan2 lain yang akan dijelaskan di dalam ruangan coretan kali ini. Yang paling penting, homestay ini menyediakan ruang khas yang boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk menunaikan solat sekali gus. Dengan kata lain, ada ruang yang amat selesa untuk beribadat tanpa perlu bersempit di dalam bilik dengan ruang yang terhad. Beribadah dengan khusyuk tidak menjadi masalah di homestay kami.

Kami tengah dalam proses untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan anda yang ingin berkunjung ke tempat2 menarik di JB. Insyaallah jika semuanya mengikut perancangan, kami akan beritahu kelak.

Sila baca hingga akhir ruangan ini untuk mengetahui secara lanjut mengenai homestay terkini ini.

Lokasi/Alamat:
J3-06 Blok J, Pangsapuri Titiwangsa,
Jalan Padi Malinja 1,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor DT.

Kemudahan homestay kami:-

3 bilik tidur (2 bilik dengan katil double Queen & 1 bilik dengan 2 katil Single)
Semua bilik ada kipas siling 2 bilik air (1 pemanas air)
1 ruang solat
Ruang tamu (air cond)
Ruang makan
Ruang dapur memasak
Cerek
Peti Sejuk
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking yang luas

Kemudahan berdekatan:-

Masjid BBU – 0.5km
Restoran Singgah Selalu – 6km
Plaza Angsana Shopping complex – 2km
Johor Premium Outlet JPO – 22km
Kompleks CIQ (Custom & Immigration Quarantine) – 11km
Jakel – 1km
Legoland – 23km
Puteri Harbour – 26km
Mydin – 0.5km

Jadi tunggu apa lagi!

Jom datang JB jenguk2 tempat2 menarik. Dah datang nanti, pasti nak datang lagi...

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Hp: 017-779 7900 (sms/whatsapp)
Email: amfay77@yahoo.com

1 comment: