Tuesday, March 3, 2015

HARI LAHIR KE 3 HOMESTAY TAWAKKAL

Alhamdulillah cepat sungguh masa berlalu kini kami sudah masuk ke tahun ke 3 beroperasi. Jika pada tahun ke 2 kami sudah beroperasi dengan 6 buah rumah, dengan izinNya kami kini sudah beroperasi dengan 10 buah rumah. Kami merancang untuk menambah 4-5 buah rumah lagi tahun ini dengan perancangan teliti dan juga memulakan cawangan pertama di luar Johor.

Pada yang mengikuti blog saya, post terakhir saya ialah mengenai cawangan ke 6 di Tmn JP Perdana pada bulan 10 (tahun lalu). Namun masa bergerak terlalu pantas di mana dalam tempoh 4 bulan, saya berjaya menambah lagi 4 buah rumah lagi.

Insyaallah saya akan kongsikan post2 saya yang terkini mengenai cawangan2 terbaru yang saya telah usahakan. Ada sebahagian darinya ialah usahasama dengan beberapa rakan kongsi manakala di mana saya memulakan homestay dari kosong dan ada juga yang memang sudah memiliki rumah yang lengkap dengan pelbagai kelengkapan di mana saya dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kepakaran saya dalam marketing serta menguruskan dari segi operasi (booking, keluar masuk pelanggan, pembersihan dll).

Dalam masa yang sama saya juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan buat pelanggan yang ingin ke tempat2 menarik di Johor mahupun di Singapura. Doakan agar perancangan saya tahun ini menjadi kenyataan.

Saya juga dalam proses untuk memulakan website yang baru untuk lebih memberi panduan kepada pelanggan sedia ada mahupun yang baru. Semoga dengan adanya website terbaru ini di samping blog yang telah lama saya usahakan akan memberi tambah nilai buat semua pelanggan.

Yang paling terkini saya kini mula menyediakan khidmat nasihat dan bantuan buat rakan / sahabat yang juga ingin memulakan perniagaan homestay. Semoga dengan usaha saya ini bertambah pengusaha homestay yang lahir yang pasti akan memeriahkan dan dalam masa yang sama memberi lebih pilihan buat pelanggan yang memerlukan perkhidmatan homestay.

Sampai berjumpa di masa akan datang untuk lebih maklumat terkini.

Andi Fauzi
Pemilik rangkaian Homestay Tawakkal http://homestaytawakkal.com
HP: 017-779 7900
FB page: Homestay Tawakkal

No comments:

Post a Comment