Wednesday, October 21, 2015

Cawangan Homestay ke-11 di Mount Austin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nak ambil kesempatan beri update Homestay terkini yang sudah beroperasi sejak Jun yang lalu.

Homestay ni merupakan unit ke-2 di Akademik Suite selepas unit pertama yang dilancarkan bulan Feb lalu. Kali ini unitnya sedikit kecil dari saiz tapi lagi dekonya lebih menarik berbanding yang terdahulu. Yelah, nak jadi yang terbaik mesti teruskan belajar dan buat penambahbaik pada homestay2 terkini.

Fasiliti yang ditawarkan masih sama dengan kolam renang infiniti (tepinya yang nampak macam air terjun yang jatuh tanpa halangan). Selain itu gymnasium, bilik sauna (siapa yang suka berpanas2 dan berpeluh boleh cuba bilik ni), taman permainan kanak2, bilik membaca. Taman Tema juga bakal siap tahun ini (2015) di mana ia Cuma kurang 1km dari unit baru ini. Dengan bank yang Cuma perlu jalan kaki dan restoran, juga bersebelahan kolej Sunway memang lokasi yang amat mudah. Parking kereta, check in masuk, dan jalan kaki untuk ke tempat2 yang saya sharekan tadi. Mudah kan!!

Pada bulan 7 yang lalu kami dapat kunjungan pelanggan dari Kelantan yang melawat anaknya yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) yang terletak 4km dari Homestay. Selain itu kami juga menerima tempahan daripada Mydin yang menempatkan pekerja2nya yang datang dari cawangan yang lain bersempena dengan pembukaan cawangan baru di Pelangi Indah (6km).

Ada juga pelanggan yang datang dari Singapura yang telah menginap sempena meraikan majlis perkahwinan rakan mereka. Jadi walau apa jua tujuan anda, kami cuba berikan khidmat terbaik kami untuk memastikan anda selesa menginap di homestay2 kami, tidak kira di JB, Batu Pahat, Benut atau di KL.

Sebagai ringkasan, kemudahan Homestay 4-star kami:-

2 bilik tidur (dengan 1 katil single setiap bilik)
Semua bilik dilengkapi penghawa dingin
Bilik air dengan pemanas air
Ruang ringkas dengan TV LCD
Ruang makan untuk 2 orang
Ruang dapur
Peti Sejuk
Mesin basuh
Kemudahan lif menggunakan kad akses bersekuriti
Kolam renang infiniti dan kanak2
Gim
Bilik Sauna
Bilik Membaca
Taman permainan kanak-kanak

Kemudahan berdekatan:-
Pasaraya Econsave - 4km
Pasaraya Maslee - 4km
Aeon Tebrau - 4km
Tesco Extra Tebrau - 4km
Restoran berdekatan (E&Y, Serai Kampung) - walking distance
Hospital Sultan Ismail - 4km
Sunway College - walking distance
McD - 500m
KFC - 2km
Masjid An-Najah - 1km
7-Eleven - walking distance
Legoland - 30km
Puteri Harbour - 32km
JPO - 30km
The Zon Stulang - 15km
City Square - 15km
Komtar JBCC (Angry Birds Park) - 15km
Plaza Angsana - 18km
Senai Airport - 26km
Nusajaya - 35km
Hello Kitty - 30km
Restoran Singgah Selalu - 19km
Kompleks CIQ (Custom & Immigration Quarantine) - 16km
Jakel - 18km
Mydin (Pelangi Indah) - 6km
Singapura (Woodland Checkpoint) - 18km
Educity, Nusajaya - 35km















Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kami. Semoga bertemu lagi.

Andi Fauzi
Marketing Manager/Owner
011 2978 7997
017 779 7900

No comments:

Post a Comment