Thursday, December 22, 2011

Pembukaan Rangkaian Homestay Terbaru di Benut, Pontian


Assalamualaikum,


Seperti yang telah dirancang, homestay terkini kami di Benut, Pontian sudah mula beroperasi dari awal bulan Disember ini setelah melalui projek transformasi terancang sejak bulan Oktober. Rumah kayu klasik kami telah dinaik taraf bersesuaian dengan keperluan semasa selain mengekalkan struktur asal dengan tambahan bilik air & ruang santai di bahagian luar rumah utk keselesaan ANDA sekeluarga. Ruang parkir juga diperbesarkan utk meletak kenderaan ANDA dgn mudah.

Bagi ANDA yang ingin bercuti di daerah Pontian, ANDA boleh menginap di homestay kami yang beroperasi 31 hari sebulan, 365 hari setahun.

  1. Lokasi
    Homestay kami terletak di dalam kawasan Pekan Benut. Jika ANDA sampai di Pekan Benut, ANDA pasti akan melalui sebuah simpang empat yang mempunyai sebuah Balai Polis. Lokasi kami terletak di belakang Balai Polis ini. ANDA pasti tidak akan terlepas menemui homestay kami di sana.

    Jika ANDA dari lebuhraya Utara Selatan, ambil exit Simpang Renggam. Kemudian ambil selekoh kiri di simpang tiga (berlampu trafik). ANDA sekarang berada di Jalan Parit Ismail. Dari simpang tersebut pandu 15km menuju ke Pekan Benut, sehingga bertemu simpang empat yg diberitahu di atas.

    Jika ANDA melalui jalan negeri (Jalan Pontian), Pekan Benut terletak lebih kurang 23km dari Bandar Pontian (dari arah Selatan) dan 50km dari Bandar Batu Pahat (dari arah Utara).

    Sila klik link di bawah utk lokasi homestay kami:-
    http://maps.google.com.my/maps/ms?msid=214617892478182373802.0004b4a8fcb1e93a325c4&msa=0&ll=1.649481,103.258739&spn=0.013341,0.022681
  2. Kemudahan premis:-
  • 2 bilik tidur – bersaiz sederhana. Bilik pertama mempunyai 2 katil single bertilam EMPUK berserta almari utk meletak pakaian ANDA. Juga disediakan cermin & tempat menggantung pakaian/tuala utk kemudahan ANDA. Selain itu, pilihan kipas atau air cond disediakan utk menyejukkan diri sambil baring di katil empuk yang pasti menanti kehadiran ANDA sebagai tetamu ISTIMEWA. Bilik kedua disediakan katil double TEBAL, sesuai utk pasangan suami isteri menikmati rehat di waktu malam. Kemudahan lain yg disediakan adalah sama seperti di bilik pertama.

    homestay murah di benuthomestay murah di benut
  • Ruang tamu – kerusi yg selesa berserta meja kopi yg sepadan. Sesuai utk ruang berkumpul bersama keluarga sambil menikmati juadah ringan serta menonton rancangan TV kegemaran ANDA.
    homestay murah di benuthomestay murah di benut
  • Aircond – berkuasa 1hp, amat bersesuaian dgn saiz bilik sederhana. ANDA pasti SEJUK sambil menikmati tidur yg lena.
    homestay murah di benut
  • Ruang makan – terletak di bahagian belakang rumah yg disertakan dengan meja makan (6 kerusi). Meja ini diletak berdekatan dgn sinki boleh diguna utk tujuan membasuh pinggan mangkuk mahupun mencuci tangan selepas menikmati juadah makanan.
    homestay murah di benut
  • 2 bilik air – terletak berdekatan dengan ruang makan. Bilik air pertama mempunyai water heater dan juga tandas klasik (cangkung) manakala bilik air kedua mempunyai tandas duduk yg lebih moden.
    homestay murah di benuthomestay murah di benut
  • Ruang parker – cukup luas utk meletak 2 kereta bersaiz besar.
  • Ruang santai di laman rumah – ruang ini sesuai bagi mereka yg sukakan aktiviti santai, samada minum petang sambil menghirup udara segar kampung yg tidak tercemar.
  • Peti sejuk mini – jika ANDA membawa bekalan makanan yg perlu disimpan di dalam peti sejuk utk memastikan kesegaran, kami menyediakan peti sejuk mini utk kemudaham ANDA.
    homestay murah di benut
  • TV – bersaiz sederhana, agar ANDA tidak terlepas menikmati siaran kegemaran walaupun berjauhan dgn rumah.
  • Water heater – setelah penat mengharungi perjalanan ke destinasi tujuan ANDA, membersihkan diri dgn air suam-suam panas pasti memberi kelegaan yg ANDA perlukan.
    homestay murah di benut
  • Seterika – walaupun berjauhan dari rumah, ANDA masih boleh memastikan pakaian yg ingin dipadankan pada badan ANDA berada dlm keadaan sempurna supaya ANDA kelihatan kemas senantiasa.
  • Cerek air panas – utk ANDA yg perlukan minuman panas, kami menyediakan cerek agar ANDA boleh menyediakan meniman kegemaran ANDA.
  • Ruang koridor yg luas – kami tahu yg ANDA sukakan ruang yg LUAS utk bergerak dari satu ruang ke ruang yg lain. ANDA pasti tidak mengeluh! Kami GERENTI. 
     3.  Tempat berhampiran:-

  • Lebuhraya PLUS (exit Simpang Renggam) – 19km
  • Bdr Pontian – 25km
  • Kukup (seafood heaven area/menaiki feri ke pulau2 di Indonesia) – 44km
  • Kedai makan 24 jam (jln kaki) – 5min
  • Kedai barangan terpakai dari S'pura (jln kaki) – 10min
  • Stesen minyak (Shell/Petronas) – 1~2km
  • Masjid besar – <1km
  • Pekan Benut (stesen bas/teksi/tpt turun ikan) – 1km
  • Pekan Rengit (syurga beli belah barangan terpakai S'pura) – 15km
  • Tmn Negara Johor, Tanjung Piai (kwsn paling selatan Benua) – 55km
  • Gunung Pulai – 57km
  • Muzium Nenas – 43km
  • Muzium Bugis – 35km
  • Lembah Orkid (di lembah Gunung Pulai) – 57km
Utk melihat mengenai tpt2 menarik di Pontian, sila klik link di bawah:-
www.johordt.gov.my/pelancongan/page/pontian/

Kadar bayaran penginapan:-

Satu malam (sebuah rumah) – RM130
Utk maklumat lanjut/tempahan, sila hubungi:-
Hj Andi Yusoff: 07-6903030 (rumah), 019-7781865 (hp)
 

Andi Fauzi
017-779 7900
Marketing Manager
Homestay Tawakkal

Tuesday, November 15, 2011

Musim Cuti Sekolah Menjelma LAGI!!!!

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa perkara mengenai cuti memandangkan cuti sekolah yg akan bermula esok. Tahun ini cuti sekolah akan berlanjutan selama 6 minggu. Ia merupakan satu tempoh yang panjang dan kalau tidak digunakan dengan cara 'smart' pasti akan berlalu begitu saja.

Jadi apa rancangan ANDA SEKELUARGA?
Apa plan?
Saya yg x cuti sek pun plan utk bercuti
Setahun bekerja masa utk 'break' - manusia perlukannya
Malaysia bumi bertuah - penuh dgn keindahan alam
Tpt percutian idaman - beach pulau, jungle, tpt tema peranginan
Dh smpai ke Tioman, Langkawi, Pangkor, Mataking, Mabul, Kapalai
Nk ke Perhentian, Sipadan

X perlu pi jauh utk bercuti, ikut kemampuan masing2

Kenderaan
klu x ramai naik kenderaan awam, klu ramai seronowk naik kereta, ada pro & cons masing2

Tuesday, November 8, 2011

BerHari Raya Korban di Kelantan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya AidilAdha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban. Belum terlambat utk saya mengucapkan Hari Raya kepada semua semoga semua dapat berjumpa dengan ayah & bonda beserta dgn adik beradik dan juga sanak saudara.

Saya berpeluang pulang ke kampung isteri yang berada di Kelantan. Apa yang saya nak ceritakan bukan berkaitan dgn hari raya yg disambut, tapi dalam perjalanan saya pergi dan pulang, yang paling saya suka ialah perhentian utk mengisi PERUT. Dlm perjalanan ke kampung, sy berhenti makan di sebuah kedai di kawasan Endau. Kedai ni nmpk kecil jer, tapi semua meja penuh. Yang paling seronok, depan kedai ni ada Bus Stop yg telah diubahsuai menjadi meja menjamu selera juga (waktu malam sahaja). Kedai ni nmpk biasa jer, tp depan kedai ni ader gerai sate dn asap dari masakan sate ni menyelubungi kedai ni.

Jadi kami (isteri, adik ipar & rakan adik ipar) pun singgah di kedai ini. Suasana agak bising sbb TV sdg tunjuk rancangan Anugerah Skrin. Lepas tu pelayan di situ pun datang ambil order dari kami. Sebab waktu dtg tgk sate tu nmpk mcm special, kitaorg pun nk juga rasa sate tu. Tp pelayan tu kata satenya dah habis sebab ada sorang tu order dekat 100 cucuk kot. Emmm, tak de rezeki nmpknya utk kami merasa sate malam tu.

Anyway, sbb kami semua kelaparan, jadi kami pun order makanan lain, malas nk ke tempat lain, dan dengan HARAPAN yg sate masih ada. Nak di jadikan cerita, selang 10 minit kemudian, kakak yg masak sate tu ke meja kami dan bertanya jika kami nk order sate. Alhamdulillah!!!!! Kami tanpa melepaskan peluang terus order sate SPECIAL tu.

Moral of the story, ada beberapa yg saya nak kongsi di sini. Pertama, kedai kecil jgn disangka BIASA, sebab kdg2 kedai yg kecil tu ada something SPECIAL yg kita tak tahu. Kedua, jgn PUTUS HARAPAN. Walaupun pada permulaan tadi niat nk mkn sate macam dh terbantut. Tapi Allah dh kata rezeki malam tu dapat makan sate, jadilah ia seperti yg Allah rancangkan.

Sehingga kita bertemu lagi di lain masa. Luang2kan masa untuk melancong ke tempat lain kerana kita tak tahu apa yg ada di tempat lain yg mungkin tiada di tempat kita. Selamat melancong!

Wednesday, November 2, 2011

November kembali.....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pejam celik kita dah hampir ke penghujung tahun. Apa yg ada di HUJUNG TAHUN? Soalan ni mmg selalu di nanti2kan terutama kepada yg masih belajar di sekolah. Hujung tahun maknanya dah makin dekat dengan CUTI SEKOLAH!

Jadi, apa RANCANGAN ANDA cuti sekolah kali ini? Kalau diajukan soalan tu pada saya, pasti jawapannya nak pergi BERCUTI merehatkan MINDA & BADAN yg dah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun. Itu bagi saya yang bekerja. Utk mereka yang masih belajar, pasti mereka juga perlukan REHAT utk persediaan menghadapi tahun hadapan dengan pelajaran yang pasti makin mencabar.



JADI nak pergi bercuti? Ke mana arah tujuannya? Sebenarnya Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak tempat2 yg menarik yang boleh dilawati. Ada sebahagian tpt2 itu yang diiktiraf TERBAIK di dunia. Jadi kita sepatutnya bersyukur dan mengambil kesempatan itu utk melawati tpt2 yang ada terdapat di Malaysia.

Bila bercerita tentang cuti, pasti pening kepala memikirkan hala tujuan dengan bajet yg ada. Mungkin bagi mereka yang ada bajet besar tak jadi masalah. Tapi sebahagian dari mereka mungkin mempunyai bajet yang terhad. Namun jangan bimbang, pilihan terletak di tangan anda. Mungkin buat permulaan pergi ke lokasi yang tak berapa jauh dari kediaman ANDA tapi cukup utk ANDA memerlukan tempat tinggal yg berlainan dari sekarang. Sekurang2nya ANDA dapat keluar dari kepompong kebiasaan atau rutin harian ANDA.

Jadi fikir2kan pilihan ANDA sekarang! Jgn tunggu dh cuti baru nak memikirkannya. Masih belum terlambat utk buat perancangan hujung tahun ANDA.

Sunday, October 23, 2011

Taman Beroleh, Batu Pahat branch

Assalamualaikum,
Di sini kami sertakan gambar TERBARU di lokasi kami di Taman Beroleh utk membantu ANDA membuat keputusan dan seterusnya membuat TEMPAHAN ANDA.

1) Lokasi
7 Jln Rusa, Taman Beroleh. Utk ke sini, ANDA mempunyai 3 laluan alternatif. Jadi, memang MUDAH utk ke sini. Rumah ini sesuai utk kapasiti 6-10 org pada satu2 masa dengan SELESA. Namun, sekiranya ANDA mempunyai lebih ramai ahli keluarga, kami boleh menyediakan tilam tambahan pada harga BERPATUTAN. Selain itu, kami mempunyai ruang parkir kereta di hadapan rumah utk memudahkan ANDA meletakkan kenderaan ANDA dengan SELAMAT. Sebagai tanda PENGHARGAAN, kami juga menyediakan perkhidmatan SECURITY GUARD yg akan memastikan keselamatan ANDA & keluarga selagi ANDA berada di homestay kami. 

2) Aircond
Kami menyediakan aircond utk kemudahan ANDA. Kemudahan ini ada di semua bilik tidur dan ruang tamu. Ke mana ANDA pergi akan ditemani KESEJUKAN. Wow!! 


3) Bilik tidur
Setiap bilik tidur (3 bilik kesemuanya) kami dilengkapi dengan katil double (Queen size), almari pakaian utk meletakkan pakaian ANDA & meja solek utk keperluan perapian peribadi ANDA. Saiz bilik yg BESAR dan SELESA pasti memikat hati dan memberi ketenangan utk ANDA berehat dengan TENANG & AMAN.

4) Ruang makan
Meja makan berkapasiti 6 org disediakan utk kemudahan ANDA yang ingin menjamu selera BERSAMA di homestay kami. Peti sejuk yg disediakan boleh diguna utk menyimpan bekalan makanan mengelakkannya rosak atau tidak segar utk hidangan hari berikutnya. Terdapat juga sinki utk mencuci peralatan dapur ANDA seperti sudu & mangkuk.


5) Ruang makan/dapur tambahan
Utk mereka yg BERKELUARGA BESAR menghadiri majlis saudara di kawasan berdekatan, ANDA ada pilihan utk ruang dapur yg lebih BESAR pada sewa yg BERPATUTAN.

6) Ruang tamu
Kami tahu yang ANDA SEKELUARGA penat dan PERLUKAN hiburan. Kami menyediakan ruang tamu yg IDEAL, SELESA & LUAS dengan TV. ANDA pasti tidak akan melupakan saat2 GEMBIRA bersama keluarga di homestay kami.

7) Ruang santai
Bagi mereka yg ingin mengambil angin di luar, kami menyediakan meja & kerusi santai. Dengan lokasi kami yg berada di lereng bukit, pasti seronok menghabiskan masa bersantai di homestay kami. 

8) Pemanas air
Kami menyediakan pemanas air di setiap bilik air utk kemudahan ANDA utk menghadapi PAGI dan apabila pulang dari berjalan/shopping di kawasan berdekatan.


9) Ruang permainan
Kami dalam perancangan utk menyediakan ruang beriadah bersama keluarga. TUNGGU pengumuman lanjut kami.
Jadi ANDA TUNGGU apa lagi? Hubungi KAMI utk maklumat lanjut mengenai penginapan ANDA yg AKAN DATANG. Atau ANDA boleh 'Like' kami di fb pagi kami: Homestay Tawakkal.

TEMUI ANDA DI SANA!!!

Wednesday, October 19, 2011

Gambar homestay di Taman Banang Height


Assalamualaikum,

Kepada semua yang berminat utk menginap di Homestay Tawakkal, kami ada gambar-gambar di lokasi homestay yang ANDA boleh lihat utk rujukan. Ini merupakan gambar terkini yg kami ambil bagi memudahkan ANDA utk membuat penilaian dan seterusnya boleh hubungi kami utk tempahan.

1) Lokasi:
31A, Jln Banang Height, Taman Banang Height. Sesuai utk kapasiti 20 org max pada satu-satu masa. Ruang parkir yg luas utk kereta mahupun bas.


2) Ruang tamu
Ruang yg sesuai utk bersantai atau menonton TV bersama KELUARGA.


3) Ruang makan
Dengan menyediakan meja makan utk kemudahan ANDA dan peti sejuk utk meletakkan barang keperluan ANDA, ANDA pasti suka dan selesa menginap di homestay kami.


4) Bilik tidur 1
3 katil single utk merehatkan badan setelah menghabiskan masa bersama keluarga TERSAYANG. Kipas memberikan ANDA peluang utk menyejukkan badan dan menghirup udara segar setelah sehari suntuk berada di dalam kenderaan atau di ruang terbuka.



5) Bilik tidur 2
1 katil berkembar & 1 katil single di sediakan di bilik ini. Aircond pasti SEJUK. Meja solek utk kemudahan ANDA mengemas diri. 



6) Ruang dapur
Jika ANDA SEKELUARGA menikmati makanan, pastikan bekas dan tangan di basuh di ruang ini.




7) Luas
Dengan ruang yg cukup luas, ANDA pasti SELESA di homestay kami. Jangan berlengah lagi utk membuat tempahan ANDA. 



Tuesday, October 11, 2011

Promosi Perasmian Homestay Tawakkal

Assalamualaikum & Salam sejahtera,


Kepakaran kami ialah meyediakan perkhidmatan bilik/rumah utk penginapan anda sekeluarga.
Kami mempunyai 3 lokasi yang menyediakan perkhidmatan ini seperti di bawah:-

Lokasi 1

No 7, Jalan Rusa,
Taman Beroleh,
830000 Batu Pahat,
Johor DT.

Kemudahan homestay kami:-


1) 3 bilik tidur, 2 bilik air, dewan makan, ruang rehat.
2) Air cond di semua bilik tidur dan ruang rehat.
3) TV di ruang rehat.
4) Peti sejuk
5) Katil double bertilam 10", almari solek & almari pakaian.
6) Water heater
7) Seterika
8) Cerek air panas
9) Ruang santai keluarga
10) Ruang parkir kereta

Homestay murah di johor bahru

Kemudahan berhampiran:-


1) Batu Pahat (Pacific) Mall - 2km
2) Bandar Batu Pahat - 5km
3) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - 15km
4) Lebuhraya PLUS (Air Hitam) - 28km
5) Air Hitam - 26km
6) Institut Perguruan Tun Hussein Onn - 1.5km
7) Stesen minyak - <1km
8) Masjid tempatan - <1km
9) Masjid Batu Pahat - 4km
10) Wet World BP - 8km
11) Pantai Minyak Beku - 15km
12) Kebun durian - 100m
13) Hospital Pantai - 3km
Sesuai utk saiz keluarga - 6~10 orang.

Kadar bayaran:


Satu malam (sebuah rumah) - RM200
Ruang dapur selesa tambahan - RM50
Tilam (single) - RM10

Lokasi 2

58A Jalan Banang Height 1,
Taman Banang Height,
83000 Batu Pahat,
Johor DT.

Kemudahan homestay kami:-


1) 2 bilik tidur, 1 bilik air, ruang makan, ruang rehat.
2) Air cond di semua bilik tidur.
3) TV di ruang rehat.
4) Peti sejuk
5) Katil double bertilam, almari solek & almari pakaian.
6) Water heater
7) Seterika
8) Cerek air panas
9) Ruang parkir kereta

Kadar bayaran:


Satu malam (satu rumah) - RM150
Tilam (single) - RM10

Lokasi 3

31A Jalan Banang Height,
Off Jalan Ampuan,
Taman Banang Height,
83000 Batu Pahat,
Johor DT.

Kemudahan homestay kami:-


1) 2 bilik tidur, 1 bilik mandi, 1 tandas, ruang makan yg LUAS beserta meja makan, ruang rehat yg AMAT SELESA, ruang dapur bersinki.
2) Air cond di bilik tidur 1.
3) TV di ruang rehat.
4) Peti sejuk.
5) Katil single & double bertilam, cermin solek & almari pakaian.
6) Cerek air panas
7) Ruang parkir kereta/bas yg LUAS

Kemudahan berhampiran (lokasi 2 & 3):-


1) Batu Pahat (Pacific) Mall - 3km
2) Bandar Penggaram - <1km
3) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - 20km
4) Lebuhraya PLUS (Air Hitam) - 33km
5) Air Hitam - 31km
6) Institut Perguruan Tun Hussein Onn - 6.5km
7) Stesen minyak - <1km
8) Masjid tempatan - <1km
9) Masjid Batu Pahat - 4km
10) Wet World BP - 8km
11) Pantai Minyak Beku - 8km
12) Tasik Y - <1km
13) Hospital Pantai - 5km
14) Shopping centre - <1km
15) Hospital BP - 1km
16) Stadium - <1km
17) Beryani Gam Special - 1km

Kadar bayaran:


Satu malam(satu rumah) - RM180

Jika anda mempunyai perancangan utk aktiviti di bawah, anda PERLU hubungi kami:-
1) Majlis perkahwinan
2) Percutian keluarga hujung minggu
3) Konvokesyen
4) Shopping
5) Perjumpaan/percutian tahunan keluarga
6) Percutian tahunan syarikat
7) Outstation staff (travel)
8) Bulan madu (honeymoon)

Utk maklumat lanjut/tempahan, sila hubungi:-


1) 07-6903030, 019-7781865 Hj Andi Yusoff
2) 013-7238276 Hjh Junaidah
3) 017-7797900 Andi Fauzi
4) 013-7453362 En Haris Fadzilah (Tmn Beroleh)
5) 013-2531103 Cik Hani (Tmn Banang Height)

Andi Fauzi
017-779 7900
Marketing Manager
Homestay Tawakkal