Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

CAWANGAN TERKINI DI TAMAN BUKIT ALIFF JB

Assalamualaikum....

Homestay kami cawangan ke 7 ini sudah mula beroperasi sejak dilancarkan pada 27 Nov 2014 bersempena dengan CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN. Ini juga merupakan homestay pertama kami yang bercirikan KONDOMINIUM dengan kelengkapan KOLAM RENANG, yang juga datang dengan LIF dan mempunyai kawalan KESELAMATAN 24 jam. Lokasinya hanya 1 km dari BANDAR BARU UDA memang menjadi tarikan utama buat pelanggan yang mahukan homestay yang berdekatan dengan kawasan yang padat penduduk beserta kemudahan lain seperti MASJID UDA yang hanya terletak 1km dan juga dekat dengan tempat makan pelbagai pilihan.

Untuk mereka yang sukakan aktiviti membeli belah, Plaza Angsana yang cuma kurang dari 500m dari homestay juga menjadi tarikan selain dari UDA BUSINESS Centre (1km) yang menawarkan pelbagai pilihan BUTIK PAKAIAN TERNAMA di samping menempatkan GEDUNG JAKELTERBESAR di JB. Anda juga boleh mengunjungi banyak lagi tempat2 menarik yang ada di Johor Bahru.

Selain dari lokasinya yang amat strategik, kelengkapan homestay ini pasti  memberi keselesaan buat pelanggan yang datang menginap.

3 bilik tidur (2 bilik dengan katil saiz Queen, 1 bilik dengan 1 katil Single)
Semua bilik dilengkapi penghawa dingin
2 bilik air dilengkapi pemanas air
Ruang tamu selesa
Ruang makan dengan meja 6 kerusi
Ruang dapur dengan kemudahan memasak
Ruang santai di luar TV LCD 32 inci dengan pemain DVD
Mesin pencuci pakaian
Cerek
Peti Sejuk
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking untuk sebuah kereta (lot A20)

Peta lokasi homestay
 
 Pintu masuk ke homestay

Blok kondo tersergam indah menunggu anda

 Pintu hadapan

Bilik tidur 1

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3 

Ruang tamu untuk berehat sambil menonton TV

Ruang santai

Ruang makan untuk seisi keluarga

Ruang dapur berkabinet dengan kelengkapan memasak

 Bilik Air 1

Bilik air 2

Mesin basuh auto tanpa perlu ke kedai dobi

Aircon di setiap bilik tidur

 Kolam renang di antara blok B & C

Pasti kanak2 yang paling teruja!

 Taman permainan kanak2

Lanskap menarik di kolam renang dan taman permainan

Ruangan meletak kereta yang selesa

Video ringkas penginapan homestay kami


Kemudahan berdekatan:-

Masjid BBU – 1km
Restoran Singgah Selalu – 6km
Plaza Angsana Shopping complex – 0.5km
Johor Premium Outlet JPO – 22km
CIQ complex (Custom & Immigration Quarantine) – 11km
Jakel – 1km
Legoland – 23km
Angry Birds Park (JBCC) – 11km
Puteri Harbour – 26km
Mydin – 1km
Kg Sg Melayu (Nusajaya) – 24km (EkoTourism projek terkini)

Dengan lokasi yang amat strategik, walaupun baru dirasmikan tidak sampai sebulan, kami menerima tempahan hampir 70% sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2014.

Kami akan memastikan yang keadaan rumah dalam keadaan memuaskan semoga pelanggan akan merasa selesa dan akan kembali di masa akan datang.

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran Homestay Tawakkal
017-779 7900 (sms/whatsapp/telegram)
Email: homestaytawakkal@gmail.com
Website: http://homestaytawakkal.com (under construction)
fb page: Homestay Tawakkal

Friday, August 22, 2014

Mama's Flower Collection

These pictures are all taken from my mama's garden which some of them are located within mama's house and some from homestay's vicinity. This is mama's hobby since she was young and I believe this will not stop here. Some of the flowers are rare, not easily available which were source from wild nature. Most of it were either bought from local Pasar Lambak or gather from relatives and friends.

Enjoy the beauty of these creatures!

























Pictures taken by:-
Andi Fauzi

Tuesday, July 8, 2014

PEMBUKAAN CAWANGAN KE 5 HOMESTAY TAWAKKAL DI BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU






Assalamualaikum buat semua rakan2 & pelanggan homestay yang kami hargai dan sayangi. Bersyukur kehadrat Ilahi hari ini dapat lagi saya berkongsi coretan dengan anda semua bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru kami.

Saya amat berbesar hati dengan sokongan yang anda berikan selama kami memulakan perniagaan homestay ini dari tahun 2011 hingga kini. Perniagaan yang bermula dengan idea untuk menyelesaikan masalah penyewa yang sebelum ini selalu mendatangkan masalah, kini melangkah setapak lagi dengan pembukaan terkini di Johor Bahru. Semoga dengan pembukaan ini mampu memberi peluang kepada pelanggan setia mahupun yang baru yang ingin berkunjung ke bandaraya JB tapi tiada tempat menginap yang selesa.

Homestay yang kami tawarkan adalah sejajar dengan peningkatan permintaan yang kami terima dan juga perkembangan populariti Bandaraya JB dengan pembukaan beberapa taman tema keluarga seperti Hello Kitty Town, Legoland, Dinasour Water Park, Taman Air Tiram dan beberapa lagi yang menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan juga Taman Tema Angry Bird yang dijangka akan siap tahun ini, pasti akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan di JB.

Jadi apa yang istimewanya homestay cawangan JB ini? Terlalu banyak keistimewaannya, salah satunya ialah lokasinya yang amat strategik, berada di tengah2 kawasan taman penduduk Islam yang paling happening di JB yang pastinya terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan2 lain yang akan dijelaskan di dalam ruangan coretan kali ini. Yang paling penting, homestay ini menyediakan ruang khas yang boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk menunaikan solat sekali gus. Dengan kata lain, ada ruang yang amat selesa untuk beribadat tanpa perlu bersempit di dalam bilik dengan ruang yang terhad. Beribadah dengan khusyuk tidak menjadi masalah di homestay kami.

Kami tengah dalam proses untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan anda yang ingin berkunjung ke tempat2 menarik di JB. Insyaallah jika semuanya mengikut perancangan, kami akan beritahu kelak.

Sila baca hingga akhir ruangan ini untuk mengetahui secara lanjut mengenai homestay terkini ini.

Lokasi/Alamat:
J3-06 Blok J, Pangsapuri Titiwangsa,
Jalan Padi Malinja 1,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor DT.

Kemudahan homestay kami:-

3 bilik tidur (2 bilik dengan katil double Queen & 1 bilik dengan 2 katil Single)
Semua bilik ada kipas siling 2 bilik air (1 pemanas air)
1 ruang solat
Ruang tamu (air cond)
Ruang makan
Ruang dapur memasak
Cerek
Peti Sejuk
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking yang luas

Kemudahan berdekatan:-

Masjid BBU – 0.5km
Restoran Singgah Selalu – 6km
Plaza Angsana Shopping complex – 2km
Johor Premium Outlet JPO – 22km
Kompleks CIQ (Custom & Immigration Quarantine) – 11km
Jakel – 1km
Legoland – 23km
Puteri Harbour – 26km
Mydin – 0.5km

Jadi tunggu apa lagi!

Jom datang JB jenguk2 tempat2 menarik. Dah datang nanti, pasti nak datang lagi...

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Hp: 017-779 7900 (sms/whatsapp)
Email: amfay77@yahoo.com