Wednesday, March 25, 2015

PERASMIAN CAWANGAN KE 8 DI BUKIT INDAH JB

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....dengan iziNya cawangan ke 8 ini sudah mula beroperasi sejak dilancarkan pada 8 Jan 2015 lalu bersempena dengan Tahun Baru. Tarikh ini dipilih memandangkan ini cawangan ke 8, untuk orang Cina ini nombor yang membawa tuah. Kami juga berharap tuah kami bukan sekadar pada cawangan ini memandangkan perancangan teliti untuk terus membuka cawangan baru dalam masa2 akan datang.

Nampaknya konsep homestay kami yang bercirikan KONDO/SUITE menjadi trend terkini untuk cawangan2 terkini homestay kami. Kondo 35 tingkat ini yang baru siap pada tahun lepas didatangkan dengan kelengkapan KOLAM RENANG (dengan ruang untuk kanak2) beserta JAKUZZI , GIM yang lengkap dengan ruang rehat, bilik SAUNA, TAMAN PERMAINAN untuk kanak2, gelanggang TENIS dan juga ruang BBQ. Selain itu, kawalan KESELAMATAN 24 jam juga dititikberatkan beserta penggunaan KAD AKSES untuk memasuki ruang meletak kenderaan dan bangunan serta penggunaan lif bersekuriti.

Lokasinya yang amat STRATEGIK di mana pelanggan tidak perlu risau jika ingin ke AEON BUKIT INDAH & TESCO yang hanya terletak 300 m (boleh berjalan kaki sahaja) dan bank2 berdekatan. Bagi yang datang untuk bercuti bersama keluarga dan bercadang untuk ke Legoland yang hanya terletak kurang 10 minit perjalanan menggunakan lebuhraya, ini memang tempat yang paling sesuai. Tidak perlu bangun awal pagi untuk berkejar ke Legoland. Jadi ada lebih masa untuk sarapan dan juga memaksimakan masa di Legoland nanti.

Selain itu, lokasi homestay ini yang hanya terletak kurang 2 km dari laluan masuk/keluar lebuhraya pasti memudahkan anda untuk ke lokasi terkenal lain seperti JPO, Puteri Harbour, mahupun untuk ke Singapura melalui 2nd link (Tuas).

Untuk mereka yang sukakan aktiviti membeli belah, Plaza Angsana yang cuma kurang dari 15minit dari homestay juga menjadi tarikan selain dari UDA BUSINESS Centre yang menawarkan pelbagai pilihan BUTIK PAKAIAN TERNAMA di samping menempatkan GEDUNG JAKEL TERBESAR di JB. Anda juga boleh mengunjungi banyak lagi tempat2 menarik yang ada di Johor Bahru dengan melawati link ini.

Selain dari lokasinya yang amat strategik, kelengkapan homestay ini pasti memberi keselesaan buat pelanggan yang datang menginap.

2+1 bilik tidur (1 katil bersaiz Queen, 2 katil bersaiz Single)
2 bilik dilengkapi penghawa dingin
2 bilik air dilengkapi pemanas air
Ruang tamu selesa & luas
Ruang makan dengan meja 6 kerusi
Ruang dapur dengan kemudahan memasak
Ruang beranda dengan pemandangan serta pengudaraan semulajadi yang nyaman
TV LCD 40 inci
Cerek
Peti Sejuk
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking di tempat visitor

Kemudahan berdekatan:-

Aeon – 300m
Tesco – 300m
Restoran Singgah Selalu – 7km
Plaza Angsana Shopping complex – 9km
Johor Premium Outlet JPO – 25km
CIQ complex (Custom & Immigration Quarantine) – 17km
Jakel – 9km
Legoland – 10km
Hello Kitty – 11km
Angry Birds Park (JBCC) – 17km
Puteri Harbour – 12km
Mydin (Nusajaya) – 13km Singapura (melalui 2nd link Tuas) – 27km
Kg Sg Melayu (Nusajaya) – 10km (lokasi EkoTourism terkini)


Pintu masuk ke lokasi homestay

Overview bangunan hingga ke tingkat 35

Lobby area

Pandangan dari atas padang tenis dan taman permainan

Aircond di setiap bilik dan ruang tamu

Ruang makan

Kipas juga ada di ruang menonton dan bilik tidur

Pemandangan sekeliling

Bilik air pertama

Bilik air kedua

Fasiliti: gim 

Katil single di bilik ke 2

Hiasan katil

Katil queen di master bedroom

Tuala disediakan

Ruang makan untuk 6 orang

Ruang santai sambil menonton TV

Ruang rehat bersebelahan dengan berandah

Overview ruang rehat & makan
Taman permainan

Padang tenis

Fasiliti: Kolam renang & Jakuzzi


Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Homestay Tawakkal
017-779 7900
email: homestaytawakkal@gmail.com
http://homestaytawakkal.com
fb page: Homestay Tawakkal

Thursday, March 5, 2015

CAWANGAN TERKINI DI TAMAN BUKIT ALIFF JB

Assalamualaikum....

Homestay kami cawangan ke 7 ini sudah mula beroperasi sejak dilancarkan pada 27 Nov 2014 bersempena dengan CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN. Ini juga merupakan homestay pertama kami yang bercirikan KONDOMINIUM dengan kelengkapan KOLAM RENANG, yang juga datang dengan LIF dan mempunyai kawalan KESELAMATAN 24 jam. Lokasinya hanya 1 km dari BANDAR BARU UDA memang menjadi tarikan utama buat pelanggan yang mahukan homestay yang berdekatan dengan kawasan yang padat penduduk beserta kemudahan lain seperti MASJID UDA yang hanya terletak 1km dan juga dekat dengan tempat makan pelbagai pilihan.

Untuk mereka yang sukakan aktiviti membeli belah, Plaza Angsana yang cuma kurang dari 500m dari homestay juga menjadi tarikan selain dari UDA BUSINESS Centre (1km) yang menawarkan pelbagai pilihan BUTIK PAKAIAN TERNAMA di samping menempatkan GEDUNG JAKELTERBESAR di JB. Anda juga boleh mengunjungi banyak lagi tempat2 menarik yang ada di Johor Bahru.

Selain dari lokasinya yang amat strategik, kelengkapan homestay ini pasti  memberi keselesaan buat pelanggan yang datang menginap.

3 bilik tidur (2 bilik dengan katil saiz Queen, 1 bilik dengan 1 katil Single)
Semua bilik dilengkapi penghawa dingin
2 bilik air dilengkapi pemanas air
Ruang tamu selesa
Ruang makan dengan meja 6 kerusi
Ruang dapur dengan kemudahan memasak
Ruang santai di luar TV LCD 32 inci dengan pemain DVD
Mesin pencuci pakaian
Cerek
Peti Sejuk
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking untuk sebuah kereta (lot A20)

Peta lokasi homestay
 
 Pintu masuk ke homestay

Blok kondo tersergam indah menunggu anda

 Pintu hadapan

Bilik tidur 1

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3 

Ruang tamu untuk berehat sambil menonton TV

Ruang santai

Ruang makan untuk seisi keluarga

Ruang dapur berkabinet dengan kelengkapan memasak

 Bilik Air 1

Bilik air 2

Mesin basuh auto tanpa perlu ke kedai dobi

Aircon di setiap bilik tidur

 Kolam renang di antara blok B & C

Pasti kanak2 yang paling teruja!

 Taman permainan kanak2

Lanskap menarik di kolam renang dan taman permainan

Ruangan meletak kereta yang selesa

Video ringkas penginapan homestay kami


Kemudahan berdekatan:-

Masjid BBU – 1km
Restoran Singgah Selalu – 6km
Plaza Angsana Shopping complex – 0.5km
Johor Premium Outlet JPO – 22km
CIQ complex (Custom & Immigration Quarantine) – 11km
Jakel – 1km
Legoland – 23km
Angry Birds Park (JBCC) – 11km
Puteri Harbour – 26km
Mydin – 1km
Kg Sg Melayu (Nusajaya) – 24km (EkoTourism projek terkini)

Dengan lokasi yang amat strategik, walaupun baru dirasmikan tidak sampai sebulan, kami menerima tempahan hampir 70% sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2014.

Kami akan memastikan yang keadaan rumah dalam keadaan memuaskan semoga pelanggan akan merasa selesa dan akan kembali di masa akan datang.

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran Homestay Tawakkal
017-779 7900 (sms/whatsapp/telegram)
Email: homestaytawakkal@gmail.com
Website: http://homestaytawakkal.com (under construction)
fb page: Homestay Tawakkal

Tuesday, March 3, 2015

HARI LAHIR KE 3 HOMESTAY TAWAKKAL

Alhamdulillah cepat sungguh masa berlalu kini kami sudah masuk ke tahun ke 3 beroperasi. Jika pada tahun ke 2 kami sudah beroperasi dengan 6 buah rumah, dengan izinNya kami kini sudah beroperasi dengan 10 buah rumah. Kami merancang untuk menambah 4-5 buah rumah lagi tahun ini dengan perancangan teliti dan juga memulakan cawangan pertama di luar Johor.

Pada yang mengikuti blog saya, post terakhir saya ialah mengenai cawangan ke 6 di Tmn JP Perdana pada bulan 10 (tahun lalu). Namun masa bergerak terlalu pantas di mana dalam tempoh 4 bulan, saya berjaya menambah lagi 4 buah rumah lagi.

Insyaallah saya akan kongsikan post2 saya yang terkini mengenai cawangan2 terbaru yang saya telah usahakan. Ada sebahagian darinya ialah usahasama dengan beberapa rakan kongsi manakala di mana saya memulakan homestay dari kosong dan ada juga yang memang sudah memiliki rumah yang lengkap dengan pelbagai kelengkapan di mana saya dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kepakaran saya dalam marketing serta menguruskan dari segi operasi (booking, keluar masuk pelanggan, pembersihan dll).

Dalam masa yang sama saya juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan buat pelanggan yang ingin ke tempat2 menarik di Johor mahupun di Singapura. Doakan agar perancangan saya tahun ini menjadi kenyataan.

Saya juga dalam proses untuk memulakan website yang baru untuk lebih memberi panduan kepada pelanggan sedia ada mahupun yang baru. Semoga dengan adanya website terbaru ini di samping blog yang telah lama saya usahakan akan memberi tambah nilai buat semua pelanggan.

Yang paling terkini saya kini mula menyediakan khidmat nasihat dan bantuan buat rakan / sahabat yang juga ingin memulakan perniagaan homestay. Semoga dengan usaha saya ini bertambah pengusaha homestay yang lahir yang pasti akan memeriahkan dan dalam masa yang sama memberi lebih pilihan buat pelanggan yang memerlukan perkhidmatan homestay.

Sampai berjumpa di masa akan datang untuk lebih maklumat terkini.

Andi Fauzi
Pemilik rangkaian Homestay Tawakkal http://homestaytawakkal.com
HP: 017-779 7900
FB page: Homestay Tawakkal