Thursday, May 21, 2015

PROJEK HOMESTAY DI PEKAN PAHANG

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik rupanya cawangan homestay kami dah melepasi sempadan Johor yang dulu menjadi tapak titik permulaan nama Homestay Tawakkal. Kini saya berbesar hati untuk menawarkan ramai orang merasai perkhidmatan homestay saya dan bandar Pekan menjadi persinggahan pertama di negeri Pahang.

Walaupun sebelum ini hanya menjadi laluan persinggahan saya dan keluarga setiap kali pulang ke kampung keluarga mertua di Kelantan, saya gembira setelah bersusah payah hampir 2 bulan untuk menyiapkan projek ini.

Projek ini memberikan saya satu pengalaman baru yang sentiasa menjadi impian saya sejajar dengan perkembangan homestay yang ingin mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia.

Cabaran utama projek ini ialah jarak antara Pekan dan Johor Bahru yang merupakan tempat tinggal saya. Jarak yang melebihi 300km dan mengambil masa 4-5 jam perjalanan menggunakan kereta kadang2 memenatkan tapi memberikan kepuasan yang tidak dapat digambarkan

 Pagar utama yang masih dalam pembinaan

Keunikan senibina rumah traditional yang memikat hati saya

Rumah ini telah melalui transformasi sejak setahun yang lalu oleh pemiliknya dan saya merasakan keunikannya mempunyai potensi besar yang ingin saya ketengahkan untuk dikongsi bersama pelanggan-pelanggan yang akan datang menginap kelak.

Rumah yang dikelilingi pokok-pokok kelapa yang merimbun serta terletak tidak jauh dari Sungai Pahang yang penuh dengan sumber makanan menambahkan lagi potensi kediaman ini.

Sentuhan dekoratif sebagai penyeri bilik tidur

Alhamdulillah booking sudah dibuka secara rasmi dan akan mula beroperasi secara rasmi mulai cuti sekolah pertengahan tahun ini. Ada promosi istimewa sempena pembukaan rasmi iaitu kadar penginapan hanya RM150 dan juga hadiah istimewa semasa anda daftar masuk.

Terima kasih kerana sokongan anda selama lebih 3 tahun kami beroperasi dan kami pasti akan memberikan yang terbaik agar anda terus menjadi pelanggan setia kami.

Terima kasih.

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Homestay Tawakkal
017-779 7900
fb page: Homestay Tawakkal

No comments:

Post a Comment