Monday, September 18, 2017

UBER vs TEKSI

Zaman menunggu teksi mahupun menelefon teksi sudah berakhir. Sekarang semuanya boleh gunakan apps yang boleh di muat turun dengan percuma di telefon pintar masing2. Dan kemudian hanya daftar menggunakan akaun facebook anda.

 

Ok itu bahagian yang mudah. Sebenarnya kehadiran Uber membantu banyak perkara. Kalau dulu terutamanya bila waktu puncak, saya mungkin ada 5 nombor telefon syarikat teksi yang berbeza tetapi tiada satu pun yang mampu membantu saya mendapatkan teksi untuk ke destinasi yang saya perlukan. Memburukkan lagi keadaan kerana kawasan perumahan yang saya duduki merupakan kawasan yang baru dan tak banyak rumah, jadi memang teksi menghadapi masalah untuk ke rumah saya.

 

Berbeza kini dengan kehadiran Uber, ternyata perkhidmatan ini memang banyak membantu. Sepantas kilat saya boleh lihat kereta Uber yang berdekatan dan tahu berapa jauh mereka akan tiba jika saya membuat pengesahan tempahan.

 

Kerap kali saya perlu menghadiri kelas latihan di KL yang memerlukan saya bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Saya kurang arif dengan laluan di KL dan tak suka dengan kesesakan lalulintas. Jadi saya suka gunakan pengangkutan awam. Pilihan pertama ialah LRT namun kebanyakan masa saya suka menggunakan teksi. Malangkan teksi di bandar KL ni terlalu dimonopoli mereka yang tak nak mengikut undang2 yang ditetapkan; tak menggunakan meter dan meletakkan harga yang melampau. Pemandu2 ni sanggup menunggu di tepi jalan daripada mengambil penumpang yang tak setuju dengan harga yang mereka tetapkan. Tak lagi cerita keadaan teksi yang sudah using dan berbunyi sana sini. Selesa ke naik teksi dengan tambang yang sentiasa naik?

 



Uber menyelesaikan masalah2 yang saya hadapi sebelum ini. Selain menyediakan pengangkutan alternative, Uber mempunyai syarat di mana kereta yang akan dijadikan Uber tidak boleh berusia lebih dari 5 tahun (kalau tak salah saya). Kebanyakan masa kereta2 baru pun dijadikan Uber.

 

Ikut pengalaman saya sudah merasa menaiki pelbagai model seperti Perodua Alza, Myvi, Bezza, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Harrier, HondaCity, Honda Civic, Kia Forte dan banyak lagi.

 

Ternyata kehadiran Uber memberikan pilihan untuk orang seperti saya. Selain memudahkan urusan tempahan, saya juga boleh melihat kadar tambang lebih awal.

 

Dari skop pemilik kereta Uber sendiri, jika sebelum ini mungkin hanya menggunakan kereta untuk ke tempat kerja, sekarang mereka ada pilihan untuk menawarkan servis mereka untuk membawa penumpang. Jadi ia merupakan pendapatan sampingan dengan keadaan ekonomi yang makin mencabar.

 

Kelebihan Uber

  • Murah
  • Apps based
  • Maps reliable
  • Rate perjalanan tahu awal
  • Tidak perlu menunggu lama
  • Cash & kad kredit
  • Pelbagai jenis kereta, usia kurang 5 tahun, jadi kereta selesa

Kekurangan Uber

  • Tambang sedikit mahal bila demand tinggi

 

Selain Uber kita juga ada Grab yang menawarkan perkhidmatan sama. Di negara luar, saya difahamkan ada beberapa syarikat lain yang juga ada menyediakan servis kereta sebegini.

 

Saya selalu menyarankan pelanggan2 yang menginap di homestsay saya untuk menggunakan Uber kerana mudah untuk mereka (terutama yang datang dari jauh atau luar negara) bergerak ke destinasi pilihan mereka.

 

Namun baru2 ini dikejutkan dengan beberapa kes yang melibatkan pemandu Uber yang sedikit sebanyak mencacatkan perkhidmatan Uber ini. Ini sesuatu yang Uber dan pihak kerajaan perlu tangani untuk memastikan keselamatan penumpang2 seperti saya terjamin bila menggunakan servis ini.

 

Sedikit tambahan, baru2 ini saya sempat bercuti bersama keluarga di Australia yang menyediakan perkhidmatan UberEATS. Sebenarnya konsep hampir sama dimana ia menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Saya difahamkan perkhidmatan ini adalah sebahagian dari syarikat Uber cuma belum berkembang di Malaysia lagi. Singapore & Thailand sudah ada menyediakan perkhidmatan ini. Berasal dari US dan kebanyakan negara Eropah sudah menyediakan perkhidmatan ini. Bagus juga jika perkhidmatan ini mula ditawarkan di Malaysia kelak kerana trend penduduk Malaysia yang suka menikmati makanan dari restoran tanpa perlu ke restoran yang kadang2 akan membuang masa dan memenatkan setelah seharian bekerja.

 

Anda ada pendapat tentang artikel atau topik ni?

Ssila luahkan pendapat anda di bawah atau menghubungi

 

013 799 7900

homestaytawakkal@gmail.com

 

#homestaytawakkal

#izzhomestay

#no1injohor

Wednesday, May 4, 2016

AKTIVITI TERKINI KAMI


Selepas berjaya launch Somerset pada awal Mac lalu, kini kami hampir selesai dengan setup homestay ke 20 di Batu Pahat. Insyaallah akan launch awal bulan 5 ini.

Projek terkini akan bermula di Bandar Pontian yang merupakan rumah sebuah 3 bilik yang akan disiapkan dalam bulan 5 dan dijangkakan beroperasi menjelang cuti pertengahan tahun.


Cabaran

Ini sesuatu yang saya sentiasa cari. Mencabar kebiasaan dan rutin harian. Projek homestay ke 20 juga ada cabaran. Dengan budget yang amat terhad, bagaimana nak pastikan semua perkara penting mencukupi. Kena bahagikan masa dan terpaksa juga ambil cuti untuk siapkan apa yang dirancang. Cabaran pasti mendewasakan kita untuk melalui cabaran yang mendatang.


Rumah yang baru sentiasa memberikan pelbagai cabaran dan juga opportunity. Kerana rumah kosong, boleh letak apa yang nak letak. Namun kena letakkan limitation juga sebab banyak factor lain kena ambil kisah, contohnya kekangan kewangan, masa, tenaga dan lain2 perkara.

Senario ekonomi sekarang juga agak mencabar. Kena pandai untuk cari ilmu bagaimana nak pikat pelanggan yang berpotensi. Banyak kes yang saya dengar yang mula2 buat bisnes homestay ok, tapi selepas beberapa tahun bisnes ada masalah. Kena kenal pastikan betul2 apa masalahnya, sama ada homestay, cara marketing, atau ada feedback2 yang perlu diambil kisah. Kena kaji supaya masalah yang di hadapi dapat diatasi segera untuk memastikan bisnes berjalan lancar. Kena fikirkan evolusi supaya sentiasa selari dengan perkembangan semasa. Rekabentuk rumah, susun atur, jenis perabut, dan dekorasi adalah beberapa perkara yang perlu difikirkan.

Kepuasan

Bila dah kerja bersungguh2, pasti menjadi kepuasan bila dan dapat tuai hasilnya. Salah satu darinya ialah bila pelanggan senyum dan beri feedback yang positif. Namun, jika sebaliknya, jadikan ia sebagai pengalaman serta bersedia untuk memperbaiki mutu perkhidmatan serta kualiti rumah (dekorasi, susun atur dll).

Jumpa lagi di ruangan akan datang.

Andi Fauzi
Homestay Tawakkal
Fb.com/homestaytawakkal