Monday, September 18, 2017

UBER vs TEKSI

Zaman menunggu teksi mahupun menelefon teksi sudah berakhir. Sekarang semuanya boleh gunakan apps yang boleh di muat turun dengan percuma di telefon pintar masing2. Dan kemudian hanya daftar menggunakan akaun facebook anda.

 

Ok itu bahagian yang mudah. Sebenarnya kehadiran Uber membantu banyak perkara. Kalau dulu terutamanya bila waktu puncak, saya mungkin ada 5 nombor telefon syarikat teksi yang berbeza tetapi tiada satu pun yang mampu membantu saya mendapatkan teksi untuk ke destinasi yang saya perlukan. Memburukkan lagi keadaan kerana kawasan perumahan yang saya duduki merupakan kawasan yang baru dan tak banyak rumah, jadi memang teksi menghadapi masalah untuk ke rumah saya.

 

Berbeza kini dengan kehadiran Uber, ternyata perkhidmatan ini memang banyak membantu. Sepantas kilat saya boleh lihat kereta Uber yang berdekatan dan tahu berapa jauh mereka akan tiba jika saya membuat pengesahan tempahan.

 

Kerap kali saya perlu menghadiri kelas latihan di KL yang memerlukan saya bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Saya kurang arif dengan laluan di KL dan tak suka dengan kesesakan lalulintas. Jadi saya suka gunakan pengangkutan awam. Pilihan pertama ialah LRT namun kebanyakan masa saya suka menggunakan teksi. Malangkan teksi di bandar KL ni terlalu dimonopoli mereka yang tak nak mengikut undang2 yang ditetapkan; tak menggunakan meter dan meletakkan harga yang melampau. Pemandu2 ni sanggup menunggu di tepi jalan daripada mengambil penumpang yang tak setuju dengan harga yang mereka tetapkan. Tak lagi cerita keadaan teksi yang sudah using dan berbunyi sana sini. Selesa ke naik teksi dengan tambang yang sentiasa naik?

 



Uber menyelesaikan masalah2 yang saya hadapi sebelum ini. Selain menyediakan pengangkutan alternative, Uber mempunyai syarat di mana kereta yang akan dijadikan Uber tidak boleh berusia lebih dari 5 tahun (kalau tak salah saya). Kebanyakan masa kereta2 baru pun dijadikan Uber.

 

Ikut pengalaman saya sudah merasa menaiki pelbagai model seperti Perodua Alza, Myvi, Bezza, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Harrier, HondaCity, Honda Civic, Kia Forte dan banyak lagi.

 

Ternyata kehadiran Uber memberikan pilihan untuk orang seperti saya. Selain memudahkan urusan tempahan, saya juga boleh melihat kadar tambang lebih awal.

 

Dari skop pemilik kereta Uber sendiri, jika sebelum ini mungkin hanya menggunakan kereta untuk ke tempat kerja, sekarang mereka ada pilihan untuk menawarkan servis mereka untuk membawa penumpang. Jadi ia merupakan pendapatan sampingan dengan keadaan ekonomi yang makin mencabar.

 

Kelebihan Uber

  • Murah
  • Apps based
  • Maps reliable
  • Rate perjalanan tahu awal
  • Tidak perlu menunggu lama
  • Cash & kad kredit
  • Pelbagai jenis kereta, usia kurang 5 tahun, jadi kereta selesa

Kekurangan Uber

  • Tambang sedikit mahal bila demand tinggi

 

Selain Uber kita juga ada Grab yang menawarkan perkhidmatan sama. Di negara luar, saya difahamkan ada beberapa syarikat lain yang juga ada menyediakan servis kereta sebegini.

 

Saya selalu menyarankan pelanggan2 yang menginap di homestsay saya untuk menggunakan Uber kerana mudah untuk mereka (terutama yang datang dari jauh atau luar negara) bergerak ke destinasi pilihan mereka.

 

Namun baru2 ini dikejutkan dengan beberapa kes yang melibatkan pemandu Uber yang sedikit sebanyak mencacatkan perkhidmatan Uber ini. Ini sesuatu yang Uber dan pihak kerajaan perlu tangani untuk memastikan keselamatan penumpang2 seperti saya terjamin bila menggunakan servis ini.

 

Sedikit tambahan, baru2 ini saya sempat bercuti bersama keluarga di Australia yang menyediakan perkhidmatan UberEATS. Sebenarnya konsep hampir sama dimana ia menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Saya difahamkan perkhidmatan ini adalah sebahagian dari syarikat Uber cuma belum berkembang di Malaysia lagi. Singapore & Thailand sudah ada menyediakan perkhidmatan ini. Berasal dari US dan kebanyakan negara Eropah sudah menyediakan perkhidmatan ini. Bagus juga jika perkhidmatan ini mula ditawarkan di Malaysia kelak kerana trend penduduk Malaysia yang suka menikmati makanan dari restoran tanpa perlu ke restoran yang kadang2 akan membuang masa dan memenatkan setelah seharian bekerja.

 

Anda ada pendapat tentang artikel atau topik ni?

Ssila luahkan pendapat anda di bawah atau menghubungi

 

013 799 7900

homestaytawakkal@gmail.com

 

#homestaytawakkal

#izzhomestay

#no1injohor

No comments:

Post a Comment