Wednesday, September 20, 2017

Kapal terbang…yang ANDA perlu ambil tahu!


WOW!….Sekarang ni mudah sangat nak beli tiket kapal terbang….sangat mudah hingga rasanya nak keluarkan duit dari mesin ATM lagi susah.


Sekarang semua gunakan smart phone yang ada pelbagai apps yang boleh dimuat turun. Download dari App Store atau Google Play…dah boleh buat booking tiket kapal terbang. Teringat 20 tahun dulu, nak beli tiket tak boleh beli di lapangan terbang. Kena beli dari Agen Pelancongan. Dan tiket yg di print sampai ada beberapa keping. Masa berlalu terlalu pantas bak kata orang putih, Time Flies.



Beberapa terma yang digunapakai dalam industri penerbangan:-


Harga asas tiket (Base fare)

Harge tiket gunapakai konsep nasi campur…nasi sebagai bahan asas…dan selain tu tambahan akan dikenakan kos tambahan. Dulu semua ada, beli tiket dah termasuk semua, bagasi, makanan dan lain2.


Kos Pengurusan (Admin charge)

Biasanya akan ada kos tambahan selepas kita bayar harga asas tiket. Berapa kadar yang dikenakan buat masa ni bergantung kepada syarikat penerbangan. Mungkin dalam kadar 5-10%.


Surcharge minyak (Fuel surcharge)

Ni biasanya akan dikenakan bila harga pasaran minyak mentah naik. Dulu2 tak de pun charge ni. Tapi sekarang pun kebanyakan syarikat penerbangan tak kenakan sebab harga minyak agak rendah dalm 2-3 tahun ni.


Cukai lapangan terbang (Airport tax)

Ini biasanya dikenakan oleh pihak lapangan terbang. Contohnya KLIA2 kenakan RM3 per person. (sila beritahu jika kadar dah berubah). Sebab dikenakan cukai ini untuk menyediakan khidmat


Tax GST

Seperti yang semua maklum, 6%.


Bagasi

Harga asas tidak termasuk bagasi yang perlu didaftar. Kebiasaanya ni beg besar yang tak boleh dibawa masuk ke dalam kabin yang ada limit berat serta saiz. Kos bagasi ni bagus jika dibeli bersama dengan tiket asas kerana jika dah nak daftar masuk baru nak tambah kos bagasi, harga lebih mahal akan dikenakan. Ada pilihan minimum 15kg ke atas.


Makanan/minuman

Penerbangan kos rendah kebiasaannya memang perlu bayar untuk makanan serta minuman. Sama seperti bagasi, dicadangkan agar dibeli bersama dengan tiket asas. Jika beli atas kapal terbang harga yang lebih mahal akan dikenakan.


Gift/cenderahati (pun ada prebook)

Ini pilihan terbaru jika anda suka mengumpul cenderahati untuk setiap penerbangan yang anda naiki. Lebih murah jika beli sebelum daftar masuk (tak pasti jika masih boleh beli hari yang sama penerbangan)


Wifi/Entertainment

Kalau dulu memang tak ada pilihan ni. Tapi sekarang sudah ada dan sesuai jika rasa bosan naik kapal terbang dan perlukan wifi untuk melayari internet. Tak berapa pasti berapa kadar sebab belum pernah cuba.


Bantal/selimut

Tambahan jika untuk penerbangan jarak jauh. Juga tak pasti berapa kadar yang dikenakan.


Pilih kerusi

Tambahan jika anda rasa anda nak pastikan anda nak duduk bahagian tepi sayap (untuk saya). Kalau tak kisah duduk dengan sesiapa, rasanya tak perlu ambil tambahan ni.


Insuran

Tambahan ni mengikut keperluan masing2. Rasanya kos pun tak mahal sangat.


Sim kad (penerbangan antarabangsa)

Sekarang ni kapal terbang dah macam kedai runcit juga. Jika benda tu ada tambah nilai (value add) untuk pelanggan, pasti akan dijual. Untuk saya benda ni bagus juga sebab bila kita ke negara orang keperluan telefon serta internet kena ada. Contohnya nak cari maklumat mahupun peta untuk ke destinasi yang kita nak jelajah.


Nota: Tak mustahil nanti masuk toilet pun kena bayar J


Anak kecil yg berumur kurang dua tahun boleh duduk dengan orang dewasa, tapi kebiasaanya ada charge juga, bukannya FREE OF CHARGE, pernah saya naik kapal terbang dengan bayaran kurang dari RM50 tapi kena bayaran RM50 untuk bawa anak kecil bersama.


Syarikat penerbangan sering buat promosi untuk perjalanan in advance tahun depan dengan harga yang betul2 kompetitif (free pun ada). Jadi kita boleh rancang perjalanan dengan lebih baik untuk keperluan2 lain.


Sesuatu yang agak penting. Kapal terbang murah ni kebiasaanya kena jalan kaki untuk naik ke kapal terbang (guna aerobridge jika normal kapal terbang di KLIA). Tapi sejak beroperasi di KLIA2 aerobridge macam dah jadi standard. Tapi saya rasa kena bayar sebenarnya dalam cukai lapangan terbang.


KLIA2 adalah konsep lapangan terbang di dalam komplek beli belah. Berlainan dengan konsep terdahulu; komplek beli belah di dalam lapangan terbang. Dan disebabkan permintaan untuk low cost flight semakin tinggi (disebabkan oleh AirAsia), kerajaan buat KLIA2 amat besar. Yang jadi kekurangannya (sedikit) sebab bila besar ni kena banyak berjalan (atau saya panggil exercise). Malangnya agak memenatkan terutama yang sudah berumur (macam saya). Jadi pastikan mental anda bersedia untuk menghadapi cabaran ini untuk perjalanan anda yang akan datang.


Disebabkan keluasannya juga, kena pastikan datang awal. Mudah sesat jika tak biasa selok beloknya. Cuma kalau sesat tu kena rajin bertanya ye.


Web check in untuk memudahkan check in proses atau menggunakan mesin yang disediakan untuk check in. And perlu bayar jika hendak check in di kaunter, RM10 (kalau tak salah).


Pada yang biasa naik kapal terbang pasti mula2 pertama kali ada mengalami situasi ni. Sebenarnya akan terasa tekanan yang berbeza sewaktu mula2 terbang naik juga bila nak mendarat. Jadi bila situasi ni berlaku, telinga akan rasa kurang selesa atau kadang2 sakit. Cara untuk menghilangkan sakit ni ialah dengan menelan air liur, minum air atau makan gula2. Yang makan gula2 tu memang jadi pilihan terutama ibu bapa yang ada anak kecil.


Bila dah selalu naik kapal terbang dah lali dengan situasi ni. Cuma buat apa yang saya cadangkan tadi.


Pada yang ingin tahu lebih lanjut, kapal terbang boleh terbang setinggi 35 ribu kaki. Lagi tinggi kita berada lagi nipis udara, kurang geseran, kurang penggunaan minyak. Sebenarnya boleh lagi tinggi. Tapi untuk memastikan kapal terbang pada kadar yang efisien, kebanyakannya akan terbang pada ketinggian ini. Untuk perbandingan Gunung Everest mempunyai ketinggian 29ribu kaki dari paras laut.


Sebenarnya ketinggian kapal sebegini akan mengelakkan cuaca seperti hujan ribut serta kilat. Namun saya ada melihat rancangan di TV yang mengatakan kapal akan kena kilat secara purata sekali dalam setahun ia beroperasi. Tapi jangan bimbang kapal terbang telah direka untuk menghadapi kilat dan tiada kerosakan akan berlaku.


Banyak juga sebenarnya yang saya boleh kongsi, mungkin di kelapangan lain saya akan kongsi maklumat2 berkaitan.


Anda ada pendapat tentang artikel atau topik ni?


Sila luahkan pendapat anda di bawah atau menghubungi nombor dibawah:-


013 799 7900

homestaytawakkal@gmail.com


#homestaytawakkal

#izzhomestay

#no1injohor

No comments:

Post a Comment