Wednesday, September 11, 2013

Homestay kami kini masuk operasi tahun kedua

Alhamdullilah kini kami sudah di tahun kedua operasi kami. Dulu waktu mula2 beroperasi dengan hanya satu HS (homestay) shj, tapi kini atas sokongan anda semua kami sudah beroperasi dgn 4 buah HS. Terbaru beroperasi di Benut, Pontian bersebelahan dgn yg yg mula2 dibuka. Sambutan amat menggalakkan terutama di hujung minggu dan cuti2 am serta cuti sekolah. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua.


Banyak komen dan cadangan yg kami terima. Insyaallah kami akan perhalusi semuanya dan membuat penambahbaikan agar penginapan anda akan lebih selesa di masa akan datang. Juga utk memudahkan urusan booking, kami telah membuka akaun utk anda membuat pembayaran deposit mahupun penuh mengikut keperluan penginapan anda. Anda boleh ke bahagian akhir coretan ini utk butiran lengkap akaun tersebut. Kami berharap ini akan memudahkan urusan anda. Kami juga sedang merancang pelbagai perubahan utk kemudahan anda. Insyaallah kami akan berikan butiran lengkap bila ia sudah pasti.

Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang. Semoga hari ini dan hari2 mendatang anda senantiasa ceria dan gembira bersama keluarga tersayang.

Andi Fauzi
fb.com/homestaytawakkal
fb.com/andienacollection
fb.com/andienacookies
hp 017-779 7900

Bank akaun:
BSN
01007-41-00001081-3
Bachok @ A Yusoff

Tuesday, May 29, 2012

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2012

Salam semua,

Cuti sekolah kembali lagi. Pasti banyak aktiviti yang dirancang bersesuaian dgn tema cuti sekolah selama 2 minggu (atau 16 hari). Ia merupakan satu tempoh yang panjang dan jika tidak digunakan dengan 'smart', masa itu akan berlalu tanpa kita sedari.

Kalau dirancang dengan teliti, cuti ini akan menjadi cuti yg paling bermakna utk kita, lebih2 lagi utk anak2. Apa yang boleh dirancang? Ambil sehelai kertas dan tuliskan apa aktiviti yg boleh dibuat. Saya boleh beri beberapa cadangan seperti bercuti, beriadah (bersukan, berenang), menghadiri kenduri kahwin (pasti banyak), menziarahi ibu bapa mahupun adik beradik, memancing, shopping, mendaki gunung, dan sebagainya.

Kemudian, setelah kita tuliskan aktiviti2 tersebut, kita ke langkah seterusnya iaitu buat kajian terperinci utk setiap aktiviti tersebut seperti di bawah:-
- Siapa yang terlibat (cth: suami/isteri/ibu bapa/anak/saudara mara/kawan)
- Kos (penginapan/pengangkutan/makanan/pakaian/servis)
- Tempoh (1 hari/1 minggu)

Selepas semua ini diisi, kini anda boleh nilaikan yang mana satu menjadi keutamaan. Kalau kos menjadi keutammaan, lakukan aktiviti yg menelan belanja paling rendah (atau percuma) diikuti dgn yang sederhana dan seterusnya. Kalau tempoh yang menjadi kewajipan (utk anda yg tidak mempunyai cuti yg banyak atau cuti hujung minggu sahaja), mulakan dengan aktiviti yg hanya ambil tempoh 1 hari. Dan paling baik kalau boleh digabungkan keduanya, mulakan dengan aktiviti yang murah dan ambil tempoh 1 hari. Apa2 pun semuanya terpulang pada anda mana yg jadi keutamaan. Saya hanya memberi cara bagaimana utk menilai/ menapis aktiviti agar kepala tak pening nanti.

Selamat bercuti!

-Admin Homestay Tawakkal-