Tuesday, November 8, 2011

BerHari Raya Korban di Kelantan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya AidilAdha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban. Belum terlambat utk saya mengucapkan Hari Raya kepada semua semoga semua dapat berjumpa dengan ayah & bonda beserta dgn adik beradik dan juga sanak saudara.

Saya berpeluang pulang ke kampung isteri yang berada di Kelantan. Apa yang saya nak ceritakan bukan berkaitan dgn hari raya yg disambut, tapi dalam perjalanan saya pergi dan pulang, yang paling saya suka ialah perhentian utk mengisi PERUT. Dlm perjalanan ke kampung, sy berhenti makan di sebuah kedai di kawasan Endau. Kedai ni nmpk kecil jer, tapi semua meja penuh. Yang paling seronok, depan kedai ni ada Bus Stop yg telah diubahsuai menjadi meja menjamu selera juga (waktu malam sahaja). Kedai ni nmpk biasa jer, tp depan kedai ni ader gerai sate dn asap dari masakan sate ni menyelubungi kedai ni.

Jadi kami (isteri, adik ipar & rakan adik ipar) pun singgah di kedai ini. Suasana agak bising sbb TV sdg tunjuk rancangan Anugerah Skrin. Lepas tu pelayan di situ pun datang ambil order dari kami. Sebab waktu dtg tgk sate tu nmpk mcm special, kitaorg pun nk juga rasa sate tu. Tp pelayan tu kata satenya dah habis sebab ada sorang tu order dekat 100 cucuk kot. Emmm, tak de rezeki nmpknya utk kami merasa sate malam tu.

Anyway, sbb kami semua kelaparan, jadi kami pun order makanan lain, malas nk ke tempat lain, dan dengan HARAPAN yg sate masih ada. Nak di jadikan cerita, selang 10 minit kemudian, kakak yg masak sate tu ke meja kami dan bertanya jika kami nk order sate. Alhamdulillah!!!!! Kami tanpa melepaskan peluang terus order sate SPECIAL tu.

Moral of the story, ada beberapa yg saya nak kongsi di sini. Pertama, kedai kecil jgn disangka BIASA, sebab kdg2 kedai yg kecil tu ada something SPECIAL yg kita tak tahu. Kedua, jgn PUTUS HARAPAN. Walaupun pada permulaan tadi niat nk mkn sate macam dh terbantut. Tapi Allah dh kata rezeki malam tu dapat makan sate, jadilah ia seperti yg Allah rancangkan.

Sehingga kita bertemu lagi di lain masa. Luang2kan masa untuk melancong ke tempat lain kerana kita tak tahu apa yg ada di tempat lain yg mungkin tiada di tempat kita. Selamat melancong!

No comments:

Post a Comment