WOW!….Sekarang ni
mudah sangat nak beli tiket kapal terbang….sangat mudah hingga rasanya nak
keluarkan duit dari mesin ATM lagi susah.
Sekarang semua gunakan
smart phone yang ada pelbagai apps yang boleh dimuat turun. Download dari App
Store atau Google Play…dah boleh buat booking tiket kapal terbang. Teringat 20
tahun dulu, nak beli tiket tak boleh beli di lapangan terbang. Kena beli dari
Agen Pelancongan. Dan tiket yg di print sampai ada beberapa keping. Masa
berlalu terlalu pantas bak kata orang putih, Time Flies.
Beberapa terma yang
digunapakai dalam industri penerbangan:-
Harga asas tiket (Base
fare)
Harge tiket gunapakai
konsep nasi campur…nasi sebagai bahan asas…dan selain tu tambahan akan
dikenakan kos tambahan. Dulu semua ada, beli tiket dah termasuk semua, bagasi,
makanan dan lain2.
Kos Pengurusan (Admin
charge)
Biasanya akan ada kos
tambahan selepas kita bayar harga asas tiket. Berapa kadar yang dikenakan buat
masa ni bergantung kepada syarikat penerbangan. Mungkin dalam kadar 5-10%.
Surcharge minyak (Fuel
surcharge)
Ni biasanya akan
dikenakan bila harga pasaran minyak mentah naik. Dulu2 tak de pun charge ni.
Tapi sekarang pun kebanyakan syarikat penerbangan tak kenakan sebab harga
minyak agak rendah dalm 2-3 tahun ni.
Cukai lapangan terbang
(Airport tax)
Ini biasanya dikenakan
oleh pihak lapangan terbang. Contohnya KLIA2 kenakan RM3 per person. (sila
beritahu jika kadar dah berubah). Sebab dikenakan cukai ini untuk menyediakan
khidmat
Tax GST
Seperti yang semua
maklum, 6%.
Bagasi
Harga asas tidak termasuk
bagasi yang perlu didaftar. Kebiasaanya ni beg besar yang tak boleh dibawa
masuk ke dalam kabin yang ada limit berat serta saiz. Kos bagasi ni bagus jika
dibeli bersama dengan tiket asas kerana jika dah nak daftar masuk baru nak
tambah kos bagasi, harga lebih mahal akan dikenakan. Ada pilihan minimum 15kg
ke atas.
Makanan/minuman
Penerbangan kos rendah
kebiasaannya memang perlu bayar untuk makanan serta minuman. Sama seperti
bagasi, dicadangkan agar dibeli bersama dengan tiket asas. Jika beli atas kapal
terbang harga yang lebih mahal akan dikenakan.
Gift/cenderahati (pun
ada prebook)
Ini pilihan terbaru
jika anda suka mengumpul cenderahati untuk setiap penerbangan yang anda naiki.
Lebih murah jika beli sebelum daftar masuk (tak pasti jika masih boleh beli
hari yang sama penerbangan)
Wifi/Entertainment
Kalau dulu memang tak ada
pilihan ni. Tapi sekarang sudah ada dan sesuai jika rasa bosan naik kapal
terbang dan perlukan wifi untuk melayari internet. Tak berapa pasti berapa
kadar sebab belum pernah cuba.
Bantal/selimut
Tambahan jika untuk
penerbangan jarak jauh. Juga tak pasti berapa kadar yang dikenakan.
Pilih kerusi
Tambahan jika anda
rasa anda nak pastikan anda nak duduk bahagian tepi sayap (untuk saya). Kalau
tak kisah duduk dengan sesiapa, rasanya tak perlu ambil tambahan ni.
Insuran
Tambahan ni mengikut
keperluan masing2. Rasanya kos pun tak mahal sangat.
Sim kad (penerbangan
antarabangsa)
Sekarang ni kapal
terbang dah macam kedai runcit juga. Jika benda tu ada tambah nilai (value add)
untuk pelanggan, pasti akan dijual. Untuk saya benda ni bagus juga sebab bila
kita ke negara orang keperluan telefon serta internet kena ada. Contohnya nak
cari maklumat mahupun peta untuk ke destinasi yang kita nak jelajah.
Nota: Tak mustahil
nanti masuk toilet pun kena bayar J
Anak kecil yg berumur
kurang dua tahun boleh duduk dengan orang dewasa, tapi kebiasaanya ada charge
juga, bukannya FREE OF CHARGE, pernah saya naik kapal terbang dengan bayaran
kurang dari RM50 tapi kena bayaran RM50 untuk bawa anak kecil bersama.
Syarikat penerbangan sering
buat promosi untuk perjalanan in advance tahun depan dengan harga yang betul2
kompetitif (free pun ada). Jadi kita boleh rancang perjalanan dengan lebih baik
untuk keperluan2 lain.
Sesuatu yang agak
penting. Kapal terbang murah ni kebiasaanya kena jalan kaki untuk naik ke kapal
terbang (guna aerobridge jika normal kapal terbang di KLIA). Tapi sejak
beroperasi di KLIA2 aerobridge macam dah jadi standard. Tapi saya rasa kena
bayar sebenarnya dalam cukai lapangan terbang.
KLIA2 adalah konsep
lapangan terbang di dalam komplek beli belah. Berlainan dengan konsep
terdahulu; komplek beli belah di dalam lapangan terbang. Dan disebabkan
permintaan untuk low cost flight semakin tinggi (disebabkan oleh AirAsia),
kerajaan buat KLIA2 amat besar. Yang jadi kekurangannya (sedikit) sebab bila
besar ni kena banyak berjalan (atau saya panggil exercise). Malangnya agak
memenatkan terutama yang sudah berumur (macam saya). Jadi pastikan mental anda
bersedia untuk menghadapi cabaran ini untuk perjalanan anda yang akan datang.
Disebabkan keluasannya
juga, kena pastikan datang awal. Mudah sesat jika tak biasa selok beloknya.
Cuma kalau sesat tu kena rajin bertanya ye.
Web check in untuk
memudahkan check in proses atau menggunakan mesin yang disediakan untuk check
in. And perlu bayar jika hendak check in di kaunter, RM10 (kalau tak salah).
Pada yang biasa naik
kapal terbang pasti mula2 pertama kali ada mengalami situasi ni. Sebenarnya
akan terasa tekanan yang berbeza sewaktu mula2 terbang naik juga bila nak
mendarat. Jadi bila situasi ni berlaku, telinga akan rasa kurang selesa atau
kadang2 sakit. Cara untuk menghilangkan sakit ni ialah dengan menelan air liur,
minum air atau makan gula2. Yang makan gula2 tu memang jadi pilihan terutama
ibu bapa yang ada anak kecil.
Bila dah selalu naik
kapal terbang dah lali dengan situasi ni. Cuma buat apa yang saya cadangkan
tadi.
Pada yang ingin tahu
lebih lanjut, kapal terbang boleh terbang setinggi 35 ribu kaki. Lagi tinggi
kita berada lagi nipis udara, kurang geseran, kurang penggunaan minyak. Sebenarnya
boleh lagi tinggi. Tapi untuk memastikan kapal terbang pada kadar yang efisien,
kebanyakannya akan terbang pada ketinggian ini. Untuk perbandingan Gunung
Everest mempunyai ketinggian 29ribu kaki dari paras laut.
Sebenarnya ketinggian
kapal sebegini akan mengelakkan cuaca seperti hujan ribut serta kilat. Namun
saya ada melihat rancangan di TV yang mengatakan kapal akan kena kilat secara
purata sekali dalam setahun ia beroperasi. Tapi jangan bimbang kapal terbang
telah direka untuk menghadapi kilat dan tiada kerosakan akan berlaku.
Banyak juga sebenarnya
yang saya boleh kongsi, mungkin di kelapangan lain saya akan kongsi maklumat2
berkaitan.
Anda ada pendapat
tentang artikel atau topik ni?
Sila luahkan pendapat
anda di bawah atau menghubungi nombor dibawah:-
013 799 7900
homestaytawakkal@gmail.com
#homestaytawakkal
#izzhomestay
#no1injohor