Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

PERASMIAN CAWANGAN KE 8 DI BUKIT INDAH JB

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....dengan iziNya cawangan ke 8 ini sudah mula beroperasi sejak dilancarkan pada 8 Jan 2015 lalu bersempena dengan Tahun Baru. Tarikh ini dipilih memandangkan ini cawangan ke 8, untuk orang Cina ini nombor yang membawa tuah. Kami juga berharap tuah kami bukan sekadar pada cawangan ini memandangkan perancangan teliti untuk terus membuka cawangan baru dalam masa2 akan datang.

Nampaknya konsep homestay kami yang bercirikan KONDO/SUITE menjadi trend terkini untuk cawangan2 terkini homestay kami. Kondo 35 tingkat ini yang baru siap pada tahun lepas didatangkan dengan kelengkapan KOLAM RENANG (dengan ruang untuk kanak2) beserta JAKUZZI , GIM yang lengkap dengan ruang rehat, bilik SAUNA, TAMAN PERMAINAN untuk kanak2, gelanggang TENIS dan juga ruang BBQ. Selain itu, kawalan KESELAMATAN 24 jam juga dititikberatkan beserta penggunaan KAD AKSES untuk memasuki ruang meletak kenderaan dan bangunan serta penggunaan lif bersekuriti.

Lokasinya yang amat STRATEGIK di mana pelanggan tidak perlu risau jika ingin ke AEON BUKIT INDAH & TESCO yang hanya terletak 300 m (boleh berjalan kaki sahaja) dan bank2 berdekatan. Bagi yang datang untuk bercuti bersama keluarga dan bercadang untuk ke Legoland yang hanya terletak kurang 10 minit perjalanan menggunakan lebuhraya, ini memang tempat yang paling sesuai. Tidak perlu bangun awal pagi untuk berkejar ke Legoland. Jadi ada lebih masa untuk sarapan dan juga memaksimakan masa di Legoland nanti.

Selain itu, lokasi homestay ini yang hanya terletak kurang 2 km dari laluan masuk/keluar lebuhraya pasti memudahkan anda untuk ke lokasi terkenal lain seperti JPO, Puteri Harbour, mahupun untuk ke Singapura melalui 2nd link (Tuas).

Untuk mereka yang sukakan aktiviti membeli belah, Plaza Angsana yang cuma kurang dari 15minit dari homestay juga menjadi tarikan selain dari UDA BUSINESS Centre yang menawarkan pelbagai pilihan BUTIK PAKAIAN TERNAMA di samping menempatkan GEDUNG JAKEL TERBESAR di JB. Anda juga boleh mengunjungi banyak lagi tempat2 menarik yang ada di Johor Bahru dengan melawati link ini.

Selain dari lokasinya yang amat strategik, kelengkapan homestay ini pasti memberi keselesaan buat pelanggan yang datang menginap.

2+1 bilik tidur (1 katil bersaiz Queen, 2 katil bersaiz Single)
2 bilik dilengkapi penghawa dingin
2 bilik air dilengkapi pemanas air
Ruang tamu selesa & luas
Ruang makan dengan meja 6 kerusi
Ruang dapur dengan kemudahan memasak
Ruang beranda dengan pemandangan serta pengudaraan semulajadi yang nyaman
TV LCD 40 inci
Cerek
Peti Sejuk
Seterika & Papan menggosok
Ruang parking di tempat visitor

Kemudahan berdekatan:-

Aeon – 300m
Tesco – 300m
Restoran Singgah Selalu – 7km
Plaza Angsana Shopping complex – 9km
Johor Premium Outlet JPO – 25km
CIQ complex (Custom & Immigration Quarantine) – 17km
Jakel – 9km
Legoland – 10km
Hello Kitty – 11km
Angry Birds Park (JBCC) – 17km
Puteri Harbour – 12km
Mydin (Nusajaya) – 13km Singapura (melalui 2nd link Tuas) – 27km
Kg Sg Melayu (Nusajaya) – 10km (lokasi EkoTourism terkini)


Pintu masuk ke lokasi homestay

Overview bangunan hingga ke tingkat 35

Lobby area

Pandangan dari atas padang tenis dan taman permainan

Aircond di setiap bilik dan ruang tamu

Ruang makan

Kipas juga ada di ruang menonton dan bilik tidur

Pemandangan sekeliling

Bilik air pertama

Bilik air kedua

Fasiliti: gim 

Katil single di bilik ke 2

Hiasan katil

Katil queen di master bedroom

Tuala disediakan

Ruang makan untuk 6 orang

Ruang santai sambil menonton TV

Ruang rehat bersebelahan dengan berandah

Overview ruang rehat & makan
Taman permainan

Padang tenis

Fasiliti: Kolam renang & Jakuzzi


Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Homestay Tawakkal
017-779 7900
email: homestaytawakkal@gmail.com
http://homestaytawakkal.com
fb page: Homestay Tawakkal

Thursday, December 22, 2011

Pembukaan Rangkaian Homestay Terbaru di Benut, Pontian


Assalamualaikum,


Seperti yang telah dirancang, homestay terkini kami di Benut, Pontian sudah mula beroperasi dari awal bulan Disember ini setelah melalui projek transformasi terancang sejak bulan Oktober. Rumah kayu klasik kami telah dinaik taraf bersesuaian dengan keperluan semasa selain mengekalkan struktur asal dengan tambahan bilik air & ruang santai di bahagian luar rumah utk keselesaan ANDA sekeluarga. Ruang parkir juga diperbesarkan utk meletak kenderaan ANDA dgn mudah.

Bagi ANDA yang ingin bercuti di daerah Pontian, ANDA boleh menginap di homestay kami yang beroperasi 31 hari sebulan, 365 hari setahun.

  1. Lokasi
    Homestay kami terletak di dalam kawasan Pekan Benut. Jika ANDA sampai di Pekan Benut, ANDA pasti akan melalui sebuah simpang empat yang mempunyai sebuah Balai Polis. Lokasi kami terletak di belakang Balai Polis ini. ANDA pasti tidak akan terlepas menemui homestay kami di sana.

    Jika ANDA dari lebuhraya Utara Selatan, ambil exit Simpang Renggam. Kemudian ambil selekoh kiri di simpang tiga (berlampu trafik). ANDA sekarang berada di Jalan Parit Ismail. Dari simpang tersebut pandu 15km menuju ke Pekan Benut, sehingga bertemu simpang empat yg diberitahu di atas.

    Jika ANDA melalui jalan negeri (Jalan Pontian), Pekan Benut terletak lebih kurang 23km dari Bandar Pontian (dari arah Selatan) dan 50km dari Bandar Batu Pahat (dari arah Utara).

    Sila klik link di bawah utk lokasi homestay kami:-
    http://maps.google.com.my/maps/ms?msid=214617892478182373802.0004b4a8fcb1e93a325c4&msa=0&ll=1.649481,103.258739&spn=0.013341,0.022681
  2. Kemudahan premis:-
  • 2 bilik tidur – bersaiz sederhana. Bilik pertama mempunyai 2 katil single bertilam EMPUK berserta almari utk meletak pakaian ANDA. Juga disediakan cermin & tempat menggantung pakaian/tuala utk kemudahan ANDA. Selain itu, pilihan kipas atau air cond disediakan utk menyejukkan diri sambil baring di katil empuk yang pasti menanti kehadiran ANDA sebagai tetamu ISTIMEWA. Bilik kedua disediakan katil double TEBAL, sesuai utk pasangan suami isteri menikmati rehat di waktu malam. Kemudahan lain yg disediakan adalah sama seperti di bilik pertama.

    homestay murah di benuthomestay murah di benut
  • Ruang tamu – kerusi yg selesa berserta meja kopi yg sepadan. Sesuai utk ruang berkumpul bersama keluarga sambil menikmati juadah ringan serta menonton rancangan TV kegemaran ANDA.
    homestay murah di benuthomestay murah di benut
  • Aircond – berkuasa 1hp, amat bersesuaian dgn saiz bilik sederhana. ANDA pasti SEJUK sambil menikmati tidur yg lena.
    homestay murah di benut
  • Ruang makan – terletak di bahagian belakang rumah yg disertakan dengan meja makan (6 kerusi). Meja ini diletak berdekatan dgn sinki boleh diguna utk tujuan membasuh pinggan mangkuk mahupun mencuci tangan selepas menikmati juadah makanan.
    homestay murah di benut
  • 2 bilik air – terletak berdekatan dengan ruang makan. Bilik air pertama mempunyai water heater dan juga tandas klasik (cangkung) manakala bilik air kedua mempunyai tandas duduk yg lebih moden.
    homestay murah di benuthomestay murah di benut
  • Ruang parker – cukup luas utk meletak 2 kereta bersaiz besar.
  • Ruang santai di laman rumah – ruang ini sesuai bagi mereka yg sukakan aktiviti santai, samada minum petang sambil menghirup udara segar kampung yg tidak tercemar.
  • Peti sejuk mini – jika ANDA membawa bekalan makanan yg perlu disimpan di dalam peti sejuk utk memastikan kesegaran, kami menyediakan peti sejuk mini utk kemudaham ANDA.
    homestay murah di benut
  • TV – bersaiz sederhana, agar ANDA tidak terlepas menikmati siaran kegemaran walaupun berjauhan dgn rumah.
  • Water heater – setelah penat mengharungi perjalanan ke destinasi tujuan ANDA, membersihkan diri dgn air suam-suam panas pasti memberi kelegaan yg ANDA perlukan.
    homestay murah di benut
  • Seterika – walaupun berjauhan dari rumah, ANDA masih boleh memastikan pakaian yg ingin dipadankan pada badan ANDA berada dlm keadaan sempurna supaya ANDA kelihatan kemas senantiasa.
  • Cerek air panas – utk ANDA yg perlukan minuman panas, kami menyediakan cerek agar ANDA boleh menyediakan meniman kegemaran ANDA.
  • Ruang koridor yg luas – kami tahu yg ANDA sukakan ruang yg LUAS utk bergerak dari satu ruang ke ruang yg lain. ANDA pasti tidak mengeluh! Kami GERENTI. 
     3.  Tempat berhampiran:-

  • Lebuhraya PLUS (exit Simpang Renggam) – 19km
  • Bdr Pontian – 25km
  • Kukup (seafood heaven area/menaiki feri ke pulau2 di Indonesia) – 44km
  • Kedai makan 24 jam (jln kaki) – 5min
  • Kedai barangan terpakai dari S'pura (jln kaki) – 10min
  • Stesen minyak (Shell/Petronas) – 1~2km
  • Masjid besar – <1km
  • Pekan Benut (stesen bas/teksi/tpt turun ikan) – 1km
  • Pekan Rengit (syurga beli belah barangan terpakai S'pura) – 15km
  • Tmn Negara Johor, Tanjung Piai (kwsn paling selatan Benua) – 55km
  • Gunung Pulai – 57km
  • Muzium Nenas – 43km
  • Muzium Bugis – 35km
  • Lembah Orkid (di lembah Gunung Pulai) – 57km
Utk melihat mengenai tpt2 menarik di Pontian, sila klik link di bawah:-
www.johordt.gov.my/pelancongan/page/pontian/

Kadar bayaran penginapan:-

Satu malam (sebuah rumah) – RM130
Utk maklumat lanjut/tempahan, sila hubungi:-
Hj Andi Yusoff: 07-6903030 (rumah), 019-7781865 (hp)
 

Andi Fauzi
017-779 7900
Marketing Manager
Homestay Tawakkal

Wednesday, October 19, 2011

Gambar homestay di Taman Banang Height


Assalamualaikum,

Kepada semua yang berminat utk menginap di Homestay Tawakkal, kami ada gambar-gambar di lokasi homestay yang ANDA boleh lihat utk rujukan. Ini merupakan gambar terkini yg kami ambil bagi memudahkan ANDA utk membuat penilaian dan seterusnya boleh hubungi kami utk tempahan.

1) Lokasi:
31A, Jln Banang Height, Taman Banang Height. Sesuai utk kapasiti 20 org max pada satu-satu masa. Ruang parkir yg luas utk kereta mahupun bas.


2) Ruang tamu
Ruang yg sesuai utk bersantai atau menonton TV bersama KELUARGA.


3) Ruang makan
Dengan menyediakan meja makan utk kemudahan ANDA dan peti sejuk utk meletakkan barang keperluan ANDA, ANDA pasti suka dan selesa menginap di homestay kami.


4) Bilik tidur 1
3 katil single utk merehatkan badan setelah menghabiskan masa bersama keluarga TERSAYANG. Kipas memberikan ANDA peluang utk menyejukkan badan dan menghirup udara segar setelah sehari suntuk berada di dalam kenderaan atau di ruang terbuka.



5) Bilik tidur 2
1 katil berkembar & 1 katil single di sediakan di bilik ini. Aircond pasti SEJUK. Meja solek utk kemudahan ANDA mengemas diri. 



6) Ruang dapur
Jika ANDA SEKELUARGA menikmati makanan, pastikan bekas dan tangan di basuh di ruang ini.




7) Luas
Dengan ruang yg cukup luas, ANDA pasti SELESA di homestay kami. Jangan berlengah lagi utk membuat tempahan ANDA.