Showing posts with label taman banang height. Show all posts
Showing posts with label taman banang height. Show all posts

Wednesday, February 24, 2016

TAHUN BARU 2016

Alhamdulillah semua dah selamat melangkah ke tahun baru 2016.

Pasti banyak perkara2 yang ingin dicapai…

Ingin saya kongsikan azam tahun baru ni….

1) Setup 12 homestay (atau sebuah rumah baru setiap bulan)
2) Melatih pengurus baru yang akan membantu saya urus booking pelanggan
3) Income RM500 dari setiap rumah setiap bulan
4) Pakej tambah nilai untuk pelanggan serta partners
5) Kembangkan cawangan baru ke Melaka dan Kelantan
6) Jualan kasar setiap bulan RM40k

Mungkin ada azam yang uols boleh kongsikan….

Selamat mengharungi 2016!

Andi Fauzi
Pengurus Marketing/Pemilik
Homestay Tawakkal
011 2978 7997 / 017 779 7900

Friday, December 4, 2015

Apa erti KEJAYAAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya suka ambil masa pagi2 ni untuk tengok keadaan persekitaran. Sebenarnya tiap2 pagi bangun awal untuk ke tempat kerja tapi berapa kali yang kita betul2 ambil sedikit masa untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya. Sekurang2nya itu tanda kesyukuran diberikan sehari lagi untuk meneruskan hidup dan meneruskan perancangan yang telah dibuat.

Cerita pasal perancangan, berapa ramai yang betul2 buat perancangan satiap hari, minggu, bulanan mahupun tahunan? Saya harap semua orang ada buat perancangan. Paling kurang mesti ada perancangan tahunan atau target yang kita set untuk capai pada tahun ni. Sedang2 elok sebab kita pun dah hampir ke penghujung tahun. Mungkin kita boleh tengok balik apa yang kita rancang dan pencapaian sepanjang tahun ni.

Salah satu apa yang saya targetkan tahun ni ialah nak menambahkan bilangan cawangan homestay saya dari 7 cawangan menjadi 15 cawangan. Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya capai target saya dalam 6 bulan pertama tahun ni. Tapi saya tak berhenti di situ sahaja. Saya teruskan sehingga kini sudah berjaya membuka cawangan ke 18. Sebenarnya target baru saya ialah 20.

Walau masih ada sebulan lagi saya dah merangka perancangan terbaru untuk tahun hadapan. Doakan semua perancangan saya menjadi kenyataan.

Cerita pasal kejayaan setiap orang pasti mahu mencari kejayaan samada dalam kehidupan, kerjaya mahupun bisnes. Tapi sebelum kejayaan boleh dicapai kena letakkan objektif atau target dulu. Dah target itu sesuatu yang boleh diukur. Saya suka gunakan teknik SMART.

S - Specific
M - Measureable
A - Achievable
R - Realistic
T - Time base

Dengan memenuhi semua ciri2 diatas baru mudah untuk ukur sejauh mana kejayaan.

Saya amat bersyukur yang saya sedang membina kejayaan demi kejayaan. Semua kejayaan ini datang disebabkan usaha dan niat saya untuk membina empayar perniagaan yang boleh saya wariskan kepada keluarga saya kelak.

Saya pasti ramai juga yang sudah berjaya. Cuba ceritakan kisah anda. Mungkin kisah anda boleh bantu lagi ramai usahawan diluar sana untuk bina kejayaan mereka.

 Ini kisah saya.....

Jumpa lagi di coretan akan datang
Abang Homestay
Pengurus Pemasaran dan Pemilik
Homestay Tawakkal & Izz Homestay
013 799 7900
017 779 7900

Wednesday, November 11, 2015

PROGRESS TERKINI HOMESTAY BANANG HEIGHTS BP



Assalamualaikum dan selamat petang.

Memang banyak lagi rumah2 yang belum sempat saya kongsikan di blog ini. Insyaallah akan saya kongsikan bila saya bersedia nanti.

Untuk kali ni saya nak kongsikan projek terkini saya yang dijangkakan akan siap dalam seminggu ini. Rumah ini sebenarnya sudah berusia lebih 30 tahun. Sebelum ini, ia disewakan kepada satu keluarga untuk tempoh hampir 15 tahun. Namun disebabkan masalah anai2 yang serius sehingga ke ruang bumbung, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah lain.

Ini memberikan saya peluang untuk melihat sendiri masalah serta potensi rumah tersebut. Pertama lokasinya yang amat menarik beserta kawasan berhadapan rumah yang ada projek perumahan baru, menjadikan satu pilihan yang baik untuk dijadikan Homestay. Dengan pemandangan serta berada di kawasan tinggi yang berangin juga memberikan potensi yang menarik.

Pada pertengahan tahun 2014, saya sudah mula memanggil kawan saya yang merupakan kontraktor awam untuk melihat sendiri rumah serta memberikan anggaran kos yang diperlukan untuk membaikinya. Namun pada waktu itu kewangan menjadi penghalang utama untuk meneruskan projek ini. Jadi selama 6 bulan projek ini terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Dia juga tidak berikan perincian kos yang perlu untuk membaiki rumah. Rumah terbiar walaupun ada yang ingin menyewa. Saya tak sanggup menyewakan dengan risiko yang mungkin boleh mencederakan mereka yang tinggal di rumah ini nanti.

Namun dengan izinNya, saya mendapat satu idea bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan untuk membaiki rumah ini. Pada awal tahun, saya memanggil beberapa lagi kontraktor untuk memberikan kos membaik pulih serta menaik taraf rumah yang agak usang ini. Dari kos RM70k sehingga RM140k, itulah anggaran yang diberitahu. Saya agak terkejut walaupun saya tahu memang jumlah besar diperlukan untuk rumah ini menjadi sebuah Homestay yang serba moden. Dalam anggaran saya mungkin tak lebih dari RM50k.

Sekali lagi projek ini tergantung disebabkan kewangan yang sepatutnya dapat disediakan tidak menjadi kenyataan. Namun saya meneruskan usaha untuk mencari kontraktor yang boleh menjadikan rumah ini Homestay pada harga yang lebih rendah. Alhamdulillah, kawan saya kontraktor yang mula2 datang sudah memberikan harga yang lebih wajar, bawah RM50k seperti yang saya anggarkan dulu.

Bermula pertengahan bulan 8, projek ini pun kick-off. Kerosakan anai2 yang nampak serius ternyata tidak seteruk yang dijangkakan. Jadi sedikit kos dapat dikurangkan dan disalurkan untuk kerja2 naik taraf yang lain.

Ini perancangan ubah suai:-
Ratakan ruang parking untuk dijadikan ruang yang luas
Pemasangan awning sepenuhnya bahagian parking tadi
Pasang tile baru yang lebih mewah dan cantik
Bilik air/tandas digabungkan menjadi satu dengan tile baru utk dinding n lantai
Piping semula serta alih tangki air ke lokasi baru yang lebih sesuai
Pasang Cornish ke seluruh rumah
Cat keseluruhan rumah (luar dan dalam)
Pendawaian semula dan tambahan
Lampu serta kipas baru
Aircon
Ruang tempat makan baru
Tukar semua pintu dan jernang
Upgrade tingkap dengan design terkini
Simen ruang belakang rumah
Gate serta grill baru
Signboard
Sensor auto lampu depan (untuk langkah2 keselamatan)

Secara keseluruhannya, lebih 95% kerja2 telah siap. 5% yang tinggal hanya merupakan kerja2 dekorasi yang dijangkakan akan siap dalam seminggu. Promosi serta preview sudah mula saya letakkan di beberapa portal untuk memastikan yang rumah ini boleh menjadi Homestay terbaru yang boleh mencapai target income yang dirancang, insyaallah.

Saya kongsi sedikit gambar2 sebelum dan selepas kerja renovasi.

SEBELUM TRANSFORMASI













SELEPAS TRANSFORMASI





















Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor tertera.

Terima kasih.

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran dan Pemilik
Homestay Tawakkal
011 2978 7997
017 779 7900

Monday, June 29, 2015

HOMESTAY2 TERKINI DAN PERANCANGAN BAKI 2015

Assalamualaikum buat rakan, sahabat, serta pelanggan setia yang saya kasihi.

Bersyukur dengan nikmatnya, masih dapat berjumpa dalam coretan terkini.

Tahun 2015 merupakan tahun yang amat menyeronokkan buat saya dan isteri. Dari awal tahun lagi kami sibuk dengan pembukaan homestay yang baru dan Alhamdulillah untuk tahun ini sudah Berjaya menyiapkan 7 buah homestay. Insyallah dengan perancangan yang teliti, 2 buah lagi homestay akan menyusul selepas Hari Raya ini.

Bermula dengan cawangan ke 8 di Bukit Indah pada bulan Jan, diikuti dengan unit ke 9 di Mount Austin, kami tidak menoleh ke belakang lagi. Projek ke 10 merupakan projek jarak jauh di KL yang juga merupakan kondo yang terletak di Vue Residence. 

Semua projek ini berjalan sekitar Jan-Mac. Bulan 
April kami meneruskan momentum dengan unit ke 11 di kondo sama di Mount Austin di susuli cawangan ke 12 yang merupakan kondo yang terletak betul2 di tengah2 bandaraya JB. Tidak habis di situ, homestay ke 13 di Bukit Indah berjaya disiapkan pada bulan Mei dan yang terbaru unit ke 14 di Mount Austin.

Sebenarnya kami juga telah mengubahsuai sebuah rumah di Pekan Pahang, yang merupakan sebuah kayu yang unik sehingga menjadi sebuah Homestay yang kini telah mula beroperasi sejak awal bulan 6. 
2 buah homestay lagi yang akan menyusul terletak di Batu Pahat (Johor) dan Tanah Merah (Kelantan), yang pertama di Pantai timur. Dua2 projek ni bakal menguji minda, tenaga dan pasti sumber kewangan kerana ia merupakan projek yang besar. 

Rumah di Batu Pahat memerlukan 2-3 bulan untuk diperbaiki sebelum boleh dijadikan homestay yang lengkap. Projek homestay Tanah Merah akan bermula dengan tanah kosong yang akan didirikan beberapa rumah secara berperingkat. Saya menjangkakan yang projek ini akan memakan masa paling kurang 6 bulan untuk fasa pertama.

Dan insyaallah jika diizinkan, akan buat kerjasama untuk buat hotel budget. Lokasi masih dirahsiakan. 

Moga2 diberikan kekuatan dan petunjukNya semoga semuanya berjalan lancar.

Cawangan Vue Residence

Cawangan Akademik Unit no 2

Cawangan Akademik Unit no 3

 Cawangan Skyloft unit no 2

 Projek homestay Pekan

 Cawangan Golden Sands



Wednesday, October 19, 2011

Gambar homestay di Taman Banang Height


Assalamualaikum,

Kepada semua yang berminat utk menginap di Homestay Tawakkal, kami ada gambar-gambar di lokasi homestay yang ANDA boleh lihat utk rujukan. Ini merupakan gambar terkini yg kami ambil bagi memudahkan ANDA utk membuat penilaian dan seterusnya boleh hubungi kami utk tempahan.

1) Lokasi:
31A, Jln Banang Height, Taman Banang Height. Sesuai utk kapasiti 20 org max pada satu-satu masa. Ruang parkir yg luas utk kereta mahupun bas.


2) Ruang tamu
Ruang yg sesuai utk bersantai atau menonton TV bersama KELUARGA.


3) Ruang makan
Dengan menyediakan meja makan utk kemudahan ANDA dan peti sejuk utk meletakkan barang keperluan ANDA, ANDA pasti suka dan selesa menginap di homestay kami.


4) Bilik tidur 1
3 katil single utk merehatkan badan setelah menghabiskan masa bersama keluarga TERSAYANG. Kipas memberikan ANDA peluang utk menyejukkan badan dan menghirup udara segar setelah sehari suntuk berada di dalam kenderaan atau di ruang terbuka.



5) Bilik tidur 2
1 katil berkembar & 1 katil single di sediakan di bilik ini. Aircond pasti SEJUK. Meja solek utk kemudahan ANDA mengemas diri. 



6) Ruang dapur
Jika ANDA SEKELUARGA menikmati makanan, pastikan bekas dan tangan di basuh di ruang ini.




7) Luas
Dengan ruang yg cukup luas, ANDA pasti SELESA di homestay kami. Jangan berlengah lagi utk membuat tempahan ANDA.